Artis / Selebriti
” Bijak betul si anak pun. Sepesen bapaknya juga melawak, confident kena ada, haha.. ” – Netizen
Video Shahrol Shiro Pulang Ke Rumah Berjumpa Dengan Isterinya Selepas Salah Menghantar Anak Mereke Ke Sekolah Lain Buat Ramai Terhibur. Nasib Tak Kena Cepuk Dengan Isteri, Si Anak Pun Semangat Bercerita. Penat Maknya Ketawa, Haha !!
Semalam video oleh pelawak Shahrol Shiro telah menjadi viral gara-gara Shahrol tersalah menghantar anaknya ke sekolah lain. Menerusi video itu, Shahrol menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah meminta segera hadir ke sekolah tersebut untuk mengambil anak kerana salah sekolah.
Akui Shahrol hal ini terjadi gara-gara urusan menghantar ke sekolah sebelum ini dilakukan oleh isterinya,Β Nor Farhanah Syamimi. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna memuatnaik video ketika Shahrol pulang ke rumah menghantar anak mereka.
Ketika Anna membuka pintu rumah, dia terus ketawa apabila memandang wajah Shahrol. Shahrol sempat berkongsi cerita kepada isterinya dengan apa yang terjadi dan mereka saling ketawa tidak henti-henti. Selain itu, seloroh Anna pada penulisannya, ayah dan anak kedua-duanya mempunyai confident yang tinggi.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meninggalkan komen pada video Shahrol bertanya adakah Shahrol dimarahi oleh isterinya gara-gara tersalah menghantar anak ke sekolah lain. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Anna menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh isteri Shahrol dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bijak betul si anak pun. Sepesen bapaknya juga melawak, confident kena ada, haha..Kelakarrr nasib Iqi pndaiβ¦ Buatnya sampai hbs kelas, ayah hntar sekolah lain mami ambik skolah lain.. “
” Hahahahaa aku laaa. Bapak nya confident sbb anak nya confident.. Haha tak habis gelak dri malam tadi tengok tiktok pasal iqi salah skolah. Mama ana gelak dgn kita2 terikut gelak, anak beranak mmg lawak lah..”
” Tak pernah dibuat org hahahahaha… Paling dekah cikgu tuu ckp sharol mabok ke.. Adoiii bapak eh.. Kenangan betul tahun ni.. “
” Sbb tu lah pentingnya tagging nama tu.. Nasib seluar dia pakai tu ada lencana. Nasib dia tak hantar sek p bandar Anna oii.. “
” Hahahahhahahahahaha adoi kejung perut hahahaha dengar Shahrol cerita.. Si wife pun kemain ketawa kuat betul, hahaa.. “
Β ” Nahhh mak kau gelak haha aduiiii naya anak kene prank.. Penat ketawe, confident tinggi betul bapak ngn anak ni, haha.. “
” Ayah tu buat pengajaran lepas ni amek tahu anak sek mna.. Gelak mama dia lg menarik perhatian kita wak.. Pastu tgok lg sekali utk faham cerita dia.. “
Nasib lah si isteri pun cool je, tak marah-marah, siap ketawa tak berhenti. Tapi kejadian itu sebenarnya memang mencuit hati, lagi-lagi mendengar anak Shahrol berkongsi cerita ketika berborak bersama guru di sekolah tersebut. Sempat lagi bagitahu yang ayahnya seorang pelawak, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : IG anna_danisha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen NetizenΒ
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein