Artis / Selebriti
” Besarnya rumah Angah. Best tengok kitchen dia, jenis outdoor macam ni.. ” – Netizen
Video Sharifah Shahirah Pergi Ke Rumah Angah Raja Lawak Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Betul Setiap Ruang Rumah Angah. Part Dapur Tu Memang Sempoi Habis, Dah Macam Kitchen Restoran !!
Siapa tidak mengenali Angah Iskandarsah atau lebih dikenali dengan panggilan Angah Raja Lawak. Selain bergelar seorang pelawak dan pelakon, Angah juga merupakan seorang penyampai radio. Jika mengikuti akaun Instagram Angah, pasti ramai mengetahui Angah juga seorang yang minat memasak.
Banyak video masakan yang dimasak oleh Angah mendapat pujian ramai. Cara Angah memasak setiap hidangan sudah seperti gaya seorang Chef profesional. Untuk rekod, Angah merupakan naik juara Masterchef Selebriti Malaysia pada tahun 2012.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram pengacara radio terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera telah dikongsikan video ketika pergi ke rumah Angah. Menerusi video itu, Shiera berkongsi beberapa sudut ruangan rumah Angah seperti dapur basah, ruang rehat dan ruang makan.

Bukan itu sahaja, Angah turut memasak beberapa hidangan istimewa untuk Shiera serta suami. Selain Shiera, kelihatan yang hadir bersama adalah Zira Ayub iaitu isteri Nabil Ahmad. Ramai yang teruja melihat rumah Angah dan memuji Angah seorang yang low profile.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Besarnya rumah Angah. Best tengok kitchen dia, jenis outdoor macam ni.. Low profile lah Angah ni… Pertama kali dapat tgk rumah dia.. “
” Alhamdulillah jaga anak isteri elok, berkat hidup. Bagus Angah ni, mana tahu satu hari nanti dia akan terkenal dengan masakan dia.. “
” Beb suka lah tengok style dapur dia masak tu.. Boleh masak sambil healing.. Cantik tengok setiap ruang, simple je dia deco.. “
” Low profile Angah ni… Mmg suka tgk dia masak dan resepi Angah nmpk sedap belaka.. Angah ni pbersih.. Terbaiklah.. “
” Bestnyaa view kitchen dia..tenang je masak hehehe.. Power la Angah tak menunjuk pun dia kaya.. Gaya dia hidup simple je.. “
” Perhhhhh siap ada lift ok.. Besar betul rumah Angah.. Kitchen die memang standby nak kenduri nih.. Syok ny kalau ramai2 datang.. “
” Hahahaha syok betul dapur Angah.. Sekali tengok dah macam dapur kedai.. Hebat lah Angah masak, semuanya nampak sedap belaka.. “
Cantik sungguh rumah Angah, dekorasi setiap sudut rumahnya kelihatan ringkas namun nampak mewah. Untung lah Shiera ada kawan pandai memasak, dapat merasai masakan Angah. Semoga Angah terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy, angah_lawaking
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen



