Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebab tu saya cakap saya tak nak bercerita sangat.. ” – Sharnaaz Ahmad

Video Sharnaaz Ahmad Menjawab Status Hubungannya Dengan Amelia Christie Gara-Gara Saling Unfollow Instagram Masing-Masing. Ini Jawapan Sharnaaz !!

Menerusi akaun Tiktok Ohbulan Official, telah dikongsikan satu video temubual pihak wartawan bersama pelakon dan usahawan, Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz ketika itu, ditemui di Four Season Hotel Kuala Lumpur sempena Grand Launching Elrah Exclusive.

Menerusi video ini, Sharnaaz menjawab pertanyaan berkenaan tentang hubungannya dengan pelakon cantik, Amelia Christie. Ini berikutan Sharnaaz dan Amelia sudah saling unfollow akaun Instagram antara satu sama lain dan mengundang tanda tanya di kalangan warganet.

Klik gambar untuk info..

Ujar Sharnaaz, pada usianya yang sudah 40 tahun tidak sesuai untuk bercerita mengenai cinta. Pernah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak, fokus Sharnaaz sekarang lebih kepada kerjaya dan anaknya, Jebat Jayden. Tambah Sharnaaz lagi, dia tidak pernah mengiyakan mengenai hubungan cintanya bersama Amelia.

Jika dikatakan mereka sudah putus pun seperti tak kena kerana Sharnaaz tidak pernah declare secara rasmi. Tetapi Sharnaaz mengakui hubungannya dengan Amelia berjalan dengan baik. Amelia juga akrab dengan Jebat dan mantan isterinya, Noornabila.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@ohbulanofficial

Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christine dah putus?! 😱 Betul ke? #ohbulan #sembangentertainment #sharnaazahmad #ameliachristie #dah #unfollow #putus

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” So betullah netizen cakap. Amelia bukan makwe baba tapi makwe jebat hehe. risau aku Amelia jadi menantu Sharnaaz. sweet sangat dengan jebat.. ”

” Sharnaaz dan Amelia macam abang dan adik walaupun jarak umur 15 tahun.. tapi suka tengok Sharnaaz dan Amelia.. ”

” Biasa ayat gini tengok-tengok kahwin hehe.. ada satu artis tu aku lupa nma, mula2 upfollow each other, lps tu tiba2 tup2 nikah.. suprise sgt.. ”

” Tak sah tak bukan, Jebat sailang bapak dia haha.. Jebat dah boleh ambik alih.. apapun kalau ada jodoh sharnaaz dan amelia, ada lah ye tak.. ”

” Unfollow tu tanda nak kawen dah tu.. gaduh teruk-teruk dulu lepastu terus kawen macam Lofa aritu hehe.. ”

” Entah-entah nak kahwin dah mamu dengan Amelia ni.. sketsa je ni pastu nanti kahwin macam Shila dengan Ubai.. ”

” Plot twist kena sailang dengan Jebat. mata berkelip² sgt kerap….. jawapan yg diberi adalah tidak betul tu haha.. jangan tetiba kahwin dah mamu hehe.. ”

Klik gambar untuk info..

Bak kata Sharnaaz, jika ada jodoh untuk berkahwin sekali lagi, dia tidak menolak ketetapan Allah. Cuma sekarang, tumpuan Sharnaaz untuk mencari rezeki. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Sharnaaz dan Amelia dan didoakan semuanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ohbulan, IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT