Connect with us

Artis / Selebriti

” Bersemut, happynya tengok video ni. Aku pun sengih Abang Red woi.. ” – Netizen

Video Gelagat Dato’ Red Dan Adira Suhaimi Shopping Baju Raya Untuk Keluarga. Alahai Sweetnya Posing Berdua Sambil Gayakan Koleksi Baju. Part Adira Salam Dato’ Red Tu Sweet Sangat, Menang Besar Dato’ Red !!

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri. Pada masa kini, semua sedang sibuk dengan persiapan akhir untuk beraya antaranya mencari baju raya untuk anak-anak dan juga isteri.

Meninjau akaun Tiktok Dato’ Red, telah dikongsikan suasana ketika Dato’ Red dan Adira Suhaimi berkunjung ke Jakel untuk mencari baju raya mereka sekeluarga. Sekali pun video ini tidak memperdengarkan perbualan mereka berdua, tetapi gelagat Dato’ Red dan Adira itu menghiburkan semua.

Klik gambar untuk info..

Jika sebelum ini, Dato’ Red menggayakan baju Melayu keseorangan tetapi kali ini ada orang tersayang menemani. Comel sahaja Adira dan Dato’ Red menggayakan beberapa design baju raya. Part Adira dan Dato’ Red bersalam-salaman tu membuatkan peminat teruja.

Memetik komen warganet, kalau begini lah gayanya mungkin impian Dato’ Red untuk beraya sebagai suami tempoh hari tercapai. Ramai lah yang gembira sekiranya pasangan ini kembali bersama seperti dahulu. Dato’ Red sempat tersengih gembira di hujung video sambil mengenyitkan matanya.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β 

@dato..red

4 hari lagi nak raya ni. Saya dengan Adira ke Jakel untuk cari baju raya untuk kami sekeluarga dan keluarga saya yg lain juga. Memang pening nak cari sebab banyak sangat dan harga murah-murah. Jom support Jakel dan tq juga korang yang sentiasa support saya. Kita Raya Sakan Bersama Jakel. #rayasakanbersamajakel

♬ Seloka Hari Raya – dzaqrazky

Sehingga kini, lebih 50 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Dato’ Red ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Aku pon sengih kt sni abg red woi.. ni kira x jd cerai la erk.. moga korang berkekalan.. aamiin.. sempat lagi Dato’ kenyit mata yer.. ”

” BERSEMUT WOI.. HAPPYNYA TENGOK VIDEO NI.. Semoga bahagia hingga Jannah.. ” – Anas

” Aku rasa terharu oi…. tgk Dato red sgt merendahkan diri.. semoga dipermudahkan segala urusan Dato red.. ”

” Jarang sy nak komen. Tapi tak tahu kenapa sy dok tersengeh sorang-sorang kat sini.. comel je tgk adira macam maluΒ² jugak.. yg last part kenyit mata tu mahal haha.. ”

” Aku pulak yang tersengih-sengih.. loveeee sgt kalo mcmni.. semoga baik2 jee utk dato red n adira. Alhamdulillah.. suke sgt tengok adira.. ikon utk isteri2 di luar sana.. ”

” Ya Allah.. dah berbaik ker.. suke ye tengok.. Serius Bersemut wei mcm come back je.. tahniah dato.. dato dah bukti kan dengan kerja keras dato.. semoga kekal ker jannah.. amin.. ”

” Ya Allah, aku pulak yg tersengeh-sengeh tengok diaorang berdua ni. Allahuakbar moga Dato’ red dan Adira, bahagia, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok warganet melihat gelagat Dato’ Red dan Adira ini. Moment paling manis setakat ini daripada Dato’ Red dan Adira untuk followers mereka berdua. Semoga Aidilfitri kali ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan untuk keluarga besar Dato’ Red, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Dato’ Red

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT