Artis / Selebriti
” Nak marah tapi Fazura, macam mana ni. Awat aku ulang-ulang banyak kali ni.. ” – Netizen
Fazura Kongsi Sedutan Video Lakonannya Bersama Dato’ Adi Putra Dalam Drama Lelaki Itu Raih Perhatian Warganet. Fuh Penyondol Paling Ayu Ni Imani, Nak Marah Pun Tak Sanggup. Part Komen Fattah Amin Tu Lawak. Haaa Sudah, Fattah Sound Fazura Lah, Haha !!
Sekian lama Fazura menyepi dari dunia lakonan, kini Fazura muncul kembali dalam beberapa buah drama dan salah satunya adalah drama berjudul Lelaki Itu. Drama hebat yang penuh emosi ini merupakan drama arahan Erma Fatima dan ianya sedang hangat diperkatakan oleh warganet.
Kisah Fazura memegang watak sebagai Imani yang pada awalnya sebagai pekerja kepada Mirza dilakonkan oleh Dato’ Adi Putra, akhirnya menjadi pasangan suami isteri tetapi di luar pengetahuan isteri pertama Mirza. Pelbagai moment manis antara Imani dan Mirza yang membuatkan penonton tersenyum sendiri melihatnya.
Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan babak ketika Mirza melamar Amani untuk dijadikan sebagai isterinya. Bertempat di sebuah restoran, cara Mirza melamar Imani dengan meletakkan cincin di dalam pinggan dessert kelihatan menarik sekali.

Lakonan Fazura dan Dato’ Adi memang menjadi. Chemistry dan penghayatan mereka membuatkan penonton merasa tidak sabar untuk menantikan apa yang bakal terjadi pada babak seterusnya. Watak Imani ialah sebagai penyondol rumahtangga tetapi ini versi penyondol yang baik tingkah lakunya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah ku agak awang pasti mengam0k.. tapi jap ni Awang ke Ku Ian yang marah ni.. confuse jap haha.. ”
” Fuhhh ayat boss ni mmg boleh cair lah hehe.. gila x inlove.. pandai masak, lemah lembuttttt.. kami hat tgk nie x ghasa la nak marah imani sbb kawen dgn laki org.. ”
” Kalau macam ni, kita x leh gelar penyondol, sbb gelaran penyondol is perempuan yg ‘sondol’ atau runtuhkan rumahtangga orang. Kalau mcm ni namanya jodoh ke. Lelaki itu yg terpikat dengan Imani, bukan Imani yg goda, I tengok watak Imani ni dia macam seorang staff n pekerja yg kuat bekerja, patuh arahan bos. Hehe.. ”
” Nak marah tapi fazura, acaner ni.. awat aku ulang-ulang banyak kali nihhh. Kenapa penyondol ni x rasa nak marah. Sbb cantik sangat kot. Tapi saya suka Qaidah jugak.. ”
” Fuyoooo getar rasa hati dengar luahan mirza.. my actor and actress favaourite dalam 1 frame.. Bila bukan bbnu yg berlakon feelingnya lain yaa, sampai feeling tu.. ”
” Ni penyondol yang direstui ni.. Hahaha… Kelakor… Penyondol yang berjaya ramai netizen terkesima dan teruja.. ”
” 1st time kita tak marah bab rampas laki org ni.. Kite pulak mcm hepi je.. tengok … dia terkejut tgok cincin pun cantik.. ”
Fattah Amin juga tidak ketinggalan meninggalkan komen di posting Fazura ini :

Komen Fattah ini sememangnya menggeletek hati warganet, sudah jadi gabungan cerita Mat Kilau dan Hero Seorang Cinderella lah pula. Apa-apa pun, lakonan Fazura dan Dato’ Adi Putra memang terbaik dan cerita ini ada banyak pengajarannya kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

