Artis / Selebriti
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
Video Abby Abadi, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Membuat Parodi Drama Perempuan Itu Buat Peminat Terhibur. Ad0i Bukan Main Masing-Masing Menjiwai Watak. Ada Pulak Yang Ungkit Isu Perampas, Tapi Komen Abby Terpaling Win. Terbaik Lah Mama Abby !!
Bagi pengikut setia Abby Abadi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, pastinya sudah masak dengan perangai ‘masuk air’ mereka bertiga. Abby dan Norman pula jenis yang suka menyakat antara satu sama lain sehinggakan Memey menggelarkan mereka sebagai Tom And Jerry.
Meninjau entry di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Abby, Norman dan Memey membuat parodi drama hangat Perempuan Itu. Memey melakonkan watak Khalish, Abby pula sebagai Seira dan Norman sebagai Emir.
Beberapa scene menarik dipilih oleh mereka dan hasilnya membuatkan warganet terhibur. Masing-masing tidak menghafal dialog, lip-sync pun tak selari. Jadi untuk mengelakkan kant0i tidak menghafal dialog, rakamannya dibuat dengan gaya kamera berpusing-pusing.

Lawak sungguh melihat gaya Abby dan Norman, sampai terkeluar aksi Taekwondo di hujung video. Tergelak besar mereka bertiga selepas selesai merakam. Behind the scene bagaimana video ini diambil juga mencuit hati warganet. Cameraman memang main peranan betul.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tgk vdeo mula2 kat aby rs da over eh skali yg dsebalik tabir pn sama naik.. moga berkasih syg kerana ALLAH guys.. ”
” Yg ni rare haha, macam-macam hal la korang ni kan. Ad0i lawak, bukan setakat mama abby, papa oman, mummy yang masuk air.. abah jai pun sama haha.. ”
” Cameraman main peranan betolll haha, risau tak0t terpijak kain tu tersungkur ke tanah. Bukan main lagi memusing-musing.. ”
” Ni khalish, emir seirra versi baik haha. msti yg rakam ni bdekah ketawa sbb tu rakam pusing-pusing.. c0mel btl family ni.. ”
” Last2 skrip sdiri yg keluar siap kaki nk tendang si emir haha.. Harap buat la lagi content macam ni ye… saya terhibur dan suka tengok family ni.. ”
” Ingat mlut ja bergerak.. habis semua bergerak, kaki, tgan, badan haha.. lain mcm betul.. kuat drama, lawak betul.. ”
” Haha berdekah tengok, terjebak jugak ye korang. Dialog ke laut tapi berdekah tengok. Mengundang memori lama betul ni haha.. masuk air betul semua.. ”
Ada juga komen yang mengungkit tentang kisah lama mereka dan ini jawapan Abby :


Memang lawak betul apabila Papa Oman, Mama Abby dan mummy bergabung, drama pendek yang paling pen1ng ni. Dengan warganet sama jadi terpusing-pusing kepala. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi, IG Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen



