Connect with us

Artis / Selebriti

” Arab ni ingat dia terer, aku lagi terer, haha.. ” – Nubhan

Video Penjual Aiskrim Kena Game Dengan Nubhan Ahamad Ketika Di Turki Buat Ramai Terhibur. Part Last Tu Memang Win, Terkedu Pak Arab Tu. Selalunya Dia Kenakan Orang, Sekarang Baru Dia Tahu. Puas Hati Tengok, Haha !!

Sebelum ini telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyanyi Nubhan Ahamad menyantuni ibunya, Mak Jenny di atas sebuah kapal terbang ketika perjalanan ke Turki dan video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji serta menyukai cara Nubhan menyantuni ibunya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nubhan, dikongsikan satu video ketika Nubhan sedang membeli aiskrim di Turki. Jika ingin membeli aiskirim dengan penjual aiskrim Turki pasti mengetahui bukan mudah untuk mendapatkan aiskrim tersebut kerana mereka suka ‘bermain-main’ dahulu dengan kita.

Begitu lah yang dialami oleh Nubhan ketika membeli aiskrim. Pada awalnya kedengaran penjual aiskrim itu bertanya siapa nama Nubhan dan Nubhan menjawab namanya adalah ‘Mahmud’ sambil ketawa. Akhirnya penjual itu memberikan aiskrim kepada Nubhan setelah berkali-kali penjual tersebut menyakat Nubhan.

Namun apa yang mencuit hati adalah Nubhan pula mengacah-acah ketika mahu membayar duit aiskrim dan penjual aiskrim pun ketawa kerana tidak menyangka Nubhan akan melakukan seperti itu kepadanya. Sehingga kini, video Nubhan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video oleh Nubhan tersebut dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Part last tuu hahahhaahahahahaa memang lawak.. Baru dia tahu kan.. Mak jenny handbeg tak tinggl.. Yg lain tak bwk mse dlm game.. dia bwk k.. “

”Β  Duo kali sey ulang, ghoma lak mandang oghang Turkiye tu pun tekono samo, seri 1-1.. Torbaek lah Nubhan, hahahaha adeh golak den.. “

” Dekah aku gelak.. Hahahaha.. Sekali sampai Turki nama pun lain yer.. Mahhhmuuuddd.. Hahahaa.. Lawak betul lah Nubhan.. “

” Okay lain kali kami ikut buat mcm tu, tension nya bila nak beli ice cream kena mcm nie, thanks Nubhan.. Kami bljr sesuatu hari ni, haha.. “

” Dio ingat dio terer… Hahaha.. Mesti dio insaf lepeh ni takdo nya main2 lagi, hahaha.. Ko memang pandai Nubhan.. Baru dio tahu ha.. “

” Rasokan, hahahaha.. Selalu dorang ja buat dekat customer, sekali customer ni datang, lain macam terkenanya, hahahaha.. “

” Ingatkan Mak Jenny je Nubhan suka menyakat, hahahaa oranh lain pun dia buat hal jg.. Masuk air betul lah Nubhan.. Kita tengok pun penat gelak.. “

Pasrah betul Pak Arab tu kena game balik dengan Nubhan. Mesti dia tak sangka ada pembeli macam Nubhan. Apa-apa pun, ramai yang terhibur melihat telatah Nubhan. Ada peminat yang mengucap terima kasih kerana Nubhan memberikan idea yang menarik untuk mereka membeli aiskrim nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG nubhan.ahamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT