Connect with us

Artis / Selebriti

” Alahai comel betul tengok Afwa dan Aafiyah ambil bahagian.. ” – Komen Netizen

Video Anak-Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa Menyertai Sports Day Di Sekolah Raih Perhatian Ramai. Alahai Afwa, Awal-Awal Tu Muram Je. Lepas Dapat Medal, Terus Excited. Aafiyah Pulak Macam Tokti Versi Kanak-Kanak, Comel Dua-Dua !!

Bagi yang suka mengikuti penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pasti mengetahui yang DS Siti sering berkongsi perkembangan anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa buat tatapan para peminatnnya. Jangan tak tahu, anak-anak DS Siti ini turut mempunyai ramai peminat.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik DS Siti telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan DS Siti dan suami, Datuk Khalid hadir ke sekolah anak-anak mereka sempena Sports Day. Menerusi video pertama, kelihatan Aafiyah dan Afwa mengambil bahagian dalam acara sukan.

Telatah Aafiyah dan Afwa bersukan telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur dan geram melihat kecomelan Aafiyah serta Aafiyah mengikuti acara sukan sekolah mereka. Bukan itu sahaja, dua-dua anak DS Siti ini juga memperolehi medal setelah selesai acaranya.

Sehingga kini, video Aafiyah dan Afwa menyertai sukan di Sports Day sekolah mereka menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Afwa, walaupun muka awal-awal tu muram je, tetapi selepas dapat medal, terus tersenyum lebar.

Tonton video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh DS Siti ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alahai comel betul tengok Afwa dan Aafiyah ambil bahagian.. Kejap betul Afwa dah besar, dah pergi sekolah.. Haha ger4m tengok tau.. “

” Rasa afwa mcm baby lagi, sekarag dah sama2 bersukan dengan kakak Aafiyah.. TahniahΒ  Aafiyah dan Afwa dapat medal.. Seronok tengok.. “

” Alahai.. Kenapa Afwa takmo senyum sayang.. Muka garang pun tetap chomel.. Afwa muka Dato K serius je.. Aafiyah ofcoz laa ikut muka Tok Ti.. “

” Syukur Alhamdulillah dapat ibu dan ayah Aafiyah Afwa join sanaΒ². Memori indah tau. Ni masa yg paling best mnjadi ibu atau ayah tau.. “

” Afwaaa dapat medal baru senyum.. Lepas tu medal dah nak sama besar dgn muka pula, hehe.. Comel betul lah pipi pau ni.. Dah besar dah dia.. “

” Tengok Aafiyah macam Dato’ Siti kecil tengah main lah, hehe.. Alahai muka ibu betul Aafiyah.. Bestnya dapat tgk anak2 sukan.. “

” Ya ampun si Afwa tu kenapa comeyyyy sangatttttt.. Tahniah Aafiyah & aAfwa sayang.. Dua2 muka happy sangat dapat medal.. “

Wah seronoknya tengok Afwa dan Aafiyah bersukan. Tulis DS Siti di ruangan kapsyen, ini adalah pertama kali Afwa menyertai sukan di sekolah. Selain itu, para peminat DS Siti mengatakan wajah Aafiyah sekarang semakin mirip seperti DS Siti dan berseloroh melihat wajah Aafiyah ketika bersukan seperti melihat DS Siti versi ‘kecil’ .

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT