Artis / Selebriti
” Anakku Akira Juwita Zahra, terima kasih kerana.. ” – Watie Hanifiah
Perkongsian Watie Hanifiah buat anaknya, Akira Juwita Zahra buat ramai tesentuh. Sebaknya baca coretan Watie. Kasih seorang ibu buat anak yang sudah lama dia nantikan. Ucapan Thalita untuk adik Akira pun win sangat, hehe..
Baru-baru ini, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bersama isterinya, Watie Hanifiah telah mengadakan majlis akikah buat puteri kecil mereka, Akira Juwita Zahra. Kini sudah pun berusia sebulan, kehadiran Akira melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga pasangan ini. Wajah comel Akira yang dikongsikan oleh Shuib dan Watie turut mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan video sekitar majlis akikah Akira yang berlangsung dalam suasana sederhana, namun penuh bermakna. Menerusi perkongsian tersebut, Watie turut meluahkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis istimewa itu.
Bukan itu sahaja, Watie juga ada memuatnaik satu lagi posting khas buat puteri tersayangnya itu. Menerusi coretan yang ditulis, Watie meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya dikurniakan cahaya mata yang selama ini dinantikan dengan penuh sabar dan doa. Kata-kata yang dititipkan itu begitu menyentuh hati dan membuatkan ramai turut tersentuh membacanya.

Menurut Watie, Akira bukan sekadar anugerah buat dirinya dan Shuib, malah menjadi penyeri yang membawa kebahagiaan yang baru dalam kehidupan mereka sekeluarga. Kehadiran Akira juga seolah-olah melengkapkan segala kekurangan dan menjadi pengikat kasih sayang yang semakin kuat antara mereka.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian terbaru oleh Watie ini dan dalam masa yang sama, warganet turut memuji kecomelan Akira. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masyallah soo gebu baby Akira.. Semoga Akira membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.. “
” Comelnya Akira, betul-betul mini mummy dia lah.. Geram betul tengok dia tidur tu.. Montel sangat pipinya, dah macam pau.. “
” Allhamduillah comel sangat sangat baby.. Semoga menjadi anak yg solehah dan menjadi anak yg manfaat pada kedua ibu bapa.. “
” Tahniah comey sangat si comel bambam akira moga membesar dgn baik jadi ank yg solehah.. Alhamdulillah.. “
” MasyaAllah. Tembamnye pipi baby Akira. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. “
” Alhamdulillah semoga Akira mmbesar dgn sihat & mnjadi ank yang solehah.. Jadi anak yang penyejuk hati ibu bapanya.. “
” Alhamdulillah masyaAllah tabarakallah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. Cantiknya puteh moga jd anak y solehah aminnnnnnn.. “
Selain itu, ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar Akira Juwita Zahra membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dilindungi Allah dan menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya. Tidak kurang juga yang turut tumpang gembira melihat kebahagiaan yang kini dikecapi oleh Shuib dan Watie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

