Artis / Selebriti
” Amboi Tok Red, Ami datang terus dihalau Jimmy yer. Sampai tak bagi Jimmy ada dalam video, haha.. ” – Komen Netizen
Video Live Terbaru Dato’ Red Bersama Adira Suhaimi Buat Ramai Terhibur. Amboi Tok Red, Terus Lupa Kawan Yer Bila Adira Datang. Kesian Jimmy Kena Sidai Kat Tepi, Haha !!
Meskipun sudah bercerai, penyanyi Adira dan bekas suaminya, Dato’ Red mengambil keputusan untuk menjadi sahabat baik. Jika mengikuti akaun TikTok Dato’ Red, pasti mengetahui yang Dato’ Red sering membuat video live bersama Adira dan semestinya live mereka ini dinanti-nantikan oleh para peminat mereka.
Terbaru, menerusi akaun TikTok Putehhx telah dikongsikan beberapa video live yang memaparkan Adira membantu Dato’ Red mempromosikan baju yang dijualnya. Kelihatan mereka ada di tepi jalan dan turut ada bersama adalah seorang rakan Dato’ Red yang dikenali dengan panggilan Jimmy.
Namun apa yang mencuit hati ramai adalah melihat telatah Dato’ Red saat Adira datang. Dato’ Red seperti sudah tidak mempeduli Jimmy. Seloroh Dato’ Red, dia tidak mahu Jimmy kelihatan dalam video saat dia bersama dengan Adira. Menerusi video kedua pula, Dato’ Red sempat menyanyi sebuah lagu istimewa untuk Adira.

Sehingga kini, video live Dato’ Red bersama Adira itu telah ditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Amboi bukan main happy Dato’ Red apabila Adira datang, semangat terus Dato’ Red nak menjual. Sempat lagi Dato’ Red menyuruh warganet untuk screenshot gambar dirinya dengan Adira, hehe.
Tonton video di bawah ini :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimiabgred
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah Dato’ Red yang suka menyakat Adira dan Jimmy. Pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amboi Tok Red, Ami datang terus dihalau Jimmy yer. Sampai tak bagi Jimmy ada dalam video, haha.. Kesian betul tengok Jimmy kena sidai tepi, haha.. “
” Awal awal jimmy yang teman dia pastu sampai je ami dia kene halau.. Sedih membe tu.. Tok Red memang mudah lupa kawan betul.. Hahahahhaa… “
” Amboii bila mantan datang je, terus dibuang kawan yang teman dia buat live selalu.. Hahahaha aku penat gil4 gelak part Tok Red asyik halau Jimmy ke tepi.. “
” Tok Red tu bukan apa , nampak je mcm tu tapi hati dia berbunga 2 bila Seminggu sekali dapat jumpa Ami. Tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat bermanja.. “
” Di taman yg kosong hahahaha otak lelaki dia mula la denyut.. Haha dan2 jap lg hujan haha dato² kelakar je kalau ada Adira… Kelakar sweet.. “
” Tok j4hat tau.. Ami dtg, di halau nya kwnn tu. hahahahahaa.. Kalau tak ada Ami, Jimmy tu lah penghibur, sahabat peneman setia Tok, hahahahahaa.. “
” Kuajaqqqqq.. Gitu je dia halau kawan dia.. Hahahaa.. Jimmy diperkotak katikkan oleh member.. Hahahaha.. Doa2 ler moga Tok Red bersatu kembali dengan Adira.. “
Tidak semestinya gagal dalam berumahtangga, kita tak boleh bersahabat baik dengan bekas pasangan kita. Sikap yang ditonjolkan oleh Adira dan Dato’ Red ini harus diberikan pujian. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

