Artis / Selebriti
” Credit scene ni, saya cheer tepuk tangan macam tengok Avengers End Game. Hebat lah Tok Jalal.. ” -Komen Netizen
Video Dato’ Jalaluddin Hassan Melakukan Cabaran Sky View Glass Slide Di Dubai Buat Ramai Kagum. Fuhh Masa Tok Jalal Tengah Slide Tu Kita Yang Tengok Pulak Yang Berdebar. Menangis Tok Jalal Sebab Tak Sangka Boleh Lepas. Salute Lah Tok Jalal Berani Sahut Cabaran !!
Meninjau di akaun Instagram Radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Jalaluddin Hassan mencuba aktiviti Sky View Glass Slide Di Dubai. Difahamkan aktiviti yang dilakukan oleh Dato’ Jalal ini adalah cabaran dalam rancangan Projek Bapak-Bapak Musim Ke 3.
Pada awal video, Dato’ Jalal menceritakan sepatutnya orang pertama yang akan melakukan cabaran itu adalah Roy Azman. Namum tiba-tiba, Roy menyuruh Dato’ Jalal melakukan terlebih dahulu. Kelihatan wajah Dato’ Jalal agak cuak setelah mengetahui dia adalah orang pertama.
Dengan keyakinan yang ada, meskipun Dato’ Jalal mengakui yang dirinya seorang yang sangat fobia dengan ketinggian, Dato’ Jalal akhirnya berjaya melakukannya. Setelah selesai, tanpa sedar, Dato Jalal menangis kerana tidak menyangka dia mampu melakukan cabaran itu. Sempat Roy berseloroh mengatakan dia tidak sempat risau keadaan Dato’ Jalal kerana aktiviti glass slide tersebut hanya mengambil masa 3 saat sahaja.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan kagum melihat Dato’ Jalal melakukan cabaran glass slide itu. Adea seorang warganet mengatakan berseloroh mengatakan di ruangan komen, jika dia yang melakukan cabaran itu sudah pasti akan terkencing dalam seluar kerana seram melihat ketinggian sebenar di cermin kaca.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji keberanian Dato’ Jalal. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Credit scene ni, saya cheer tepuk tangan macam tengok Avengers End Game. Hebat lah Tok Jalal.. Tak semua orang berani buat tau, kalau saya pun tak berani, hehe.. “
” Respect gila kat Tok Jalal, walaupun penakut tapi dia tak pernah mengecewakan , go Tok Jalal go.. Best sangat tengok rancangan ni, geng bapak2 sempoi habis.. “
” Harap2 diteruskan series baru ke negeri lain pulak dan tetap mereka berempat sbb saya Rasa kita semua dan serasi dgn keempat bapak² ni – perangai semulajadi.. “
” Salute lah semua yg terbabit termasuk cameramen dan krew juga director yg berwibawa. Looking forward to the next chapter and site from our Bapakbapak.. “
” Rancangan yg dinanti nanti depan tv every week besttt.. Terhiburrr sgtt haa.. Dato’ Jalal ni semuanya dia berani buat, wlpn sebenarnya dia bukan berani pun, hehe hebat2.. “
” Takpe tok janji berani…sy smp arini goyang nak naik… Nak lalu atas cermin tu gigil tok, silap2 sy terkencing dalam seluar, hahaha.. Tok memang power tok.. “
” Ingat kite jer auto berair tgk Tok Jalal slide.. Rupanya tuan diri pun nangis.. Jd sebak coz faham cmne tue org gayat tp berani gak lawan rasa tue.. “
Fuhh memang hebat lah Dato’ Jalal. Walaupun Dato’ Jalal fobia dengan ketinggian, namun Dato’ Jalal berjaya melawan perasaan itu dan membuktikan dengan keyakinan yang tinggi, Dato’ Jalal mampu menghilangkan fobia yang ada. Apa-apa pun tahniah Dato’ Jalal kerana berjaya melakukan cabaran Sky View Glass Slide Dubai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

