Connect with us

Artis / Selebriti

” Jantung aku yang laju tengok weh, tinggi tu. Steady lah semangat Tok Jalal, aku yang nangis.. ” – Komen Netizen

Video Aksi Berani Dato’ Jalal Menggelongsor The Highest Slide Dubai Buat Ramai Yang Cuak. Berdebar Tok Ram , Roy Azman Dan Jatt Ali Tengok Tok Jalal Turun. Reaksi Roy Bila Tok Jalal Landing Tu Touching Sangat. Sayang Betul Roy Pada Tok Jalal !!

Projek Bapak-Bapak Musim 3 diteruskan dan kali ini Dato’ Jalaluddin, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali menerokai bumi Dubai dan Korea. Sambutan yang hangat daripada penonton siri ini sepanjang musim 1 dan 2 membuatkan 4 sahabat ini kembali lagi untuk misi jelajah baru.

Menerusi akaun Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Dato’ Jalal menyempurnakan tugasan yang diberi. Kali ini, mereka perlu menggelongsor air di slide tertinggi Dubai. dalam video ini, Roy dan Jatt sudah pun selesai dan menanti untuk Dato’ Jalal di bawah.

Dato’ Ramli yang berada di tingkat paling tinggi iaitu tempat permulaan slide kelihatan agak risau ketika Dato’ Jalal ingin meneruskan aktiviti itu. Memandangkan Dato’ Jalal sudah berusia dan pernah menghadapi masalah kesihatan berkaitan jantung, ianya agak merisaukan ke semua sahabat-sahabatnya ini.

Dato’ Jalal yang tekad untuk melakukan aksi mencabar ini berjaya sampai ke bawah. Roy dan Jatt menyambut Dato’ Jalal dan terus memaut bahu Dato’ Jalal supaya Dato’ Jalal boleh berdiri dengan stabil. Nilai persahabatan 4 sekawan ini juga menyentuh hati penonton.

Jom tonton video di bawah :

@astromalaysia

Hebatnya Tok! πŸ˜­πŸ™ŒπŸ» #TokRam #TokJalal #RoyAzman #JattAli #Lawak #Travelawak #ProjekBapakBapak @Roy Azman @jattali_official

♬ original sound – Astro Malaysia – Astro Malaysia

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Gayatnya.. saya ni naik gelongsor kanak2 pun dah menjerit2 cam gila.. Ooo scary.. tinggi tu.. berani betul.. ”

” Jangan buat macam ni lagi lah tok jalal..saya tengok rasa macam nak nangis.. sy pulak ghisau tgk atuk jalal.. tp steady la semangat dia.. ”

” Cara roy sambut tu mmg betul2 risaukan kesihatan tok jalal.. Pastu nak cover nangis, dia bantai gelak.. sayang roy dengan tok jalal.. ”

” Xthu la tpi sye menagis tgok tok jalal smpai bawah yg lain trus papah pengang dia.. Mse tok jalal nk buat jugak, nmpk muke tok ram risau..”

” Wehh kenapa aku sedih tgk.. nervesss giler nk tggu dia sampai bawah tu… rasa terharu bangga hiba semua laa ada.. terbaik tokjalal.. dan terbaik kawan2.. ”

” Weh tok jalal berani la. 1st time tgok dia buat bnde cmni selalu dia skip. Bangga dan terharu tengok bila tok jalal dah sampai bawah tu.. ”

” Biru weh muka Tok Jalal, jantung aku yang laju tengok weh.. Bagus tok jalal semua dia nak buat.. Aku pulak yang sebakk.. ”

” Td mula mula tgk tok jalal ngs masa nak naik… Sis pun sebak jgk tgk.. Tp akhirnya tok jalal selesaikan jgk… Alhamdulillah Tok jalal mmg berani orgnya.. Terbaiklaa tok jalal.. ”

Walaupun masing-masing berdebar melihat aksi Dato’ Jalal yang berani itu, rasa gembira dan sebak apabila Dato’ Jalal dapat landing dengan selamatnya. Cabaran yang tidak semua orang berani untuk sahut tetapi Dato’ Jalal membuktikan dia juga boleh melakukannya. Tahniah Tok Jalal, bangga dengan Tok Jalal.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Astro, IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT