Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi kakak tak menahan, diva sungguh.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak-Anak Adira Suhaimi, Anggrek, Asan Dan Anggun Sebelum Tidur Raih Perhatian Peminat. Amboi Kemain Anggrek, Nak Tidur Pun Pakai Gincu, Siap Muncung-Muncung Lagi. Comel !!

Penyanyi yang bersuara lant4ng, Adira Suhaimi sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat yang diasah melalui program realiti, Akademi Fantasia ini memiliki keunikan suara yang sedap didengar. Adira yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah ini dikurniakan 3 anak hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Red.

Melalui perkongsiannya di akaun Instagram, Adira ada memuat naik satu rakaman video anak-anaknya Anggrek, Asan dan Anggun sewaktu mahu tidur. Mereka yang berpakaian sedondon berwarna merah dan biru kelihatan comel baring bersama-sama.

Di ruangan kapsyen, Adira memaklumkan memang sukar untuk mengambil gambar anak-anaknya bertiga. Peluang ini digunakan Adira untuk merakam gelagat comel anaknya itu. Jika diperhatikan, Asan dan Anggun kelihatan seperti kembar kerana mempunyai wajah yang hampir seiras.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kakak mereka, Anggrek yang memuncungkan bibirnya yang bergincu sambil baring di sisi adik-adiknya yang sedang leka minum susu. Kelakar betul Anggrek ini, betul-betul ikut ibunya yang suka bergaya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Adira buat peminat ger4m dengan ketiga-tiga anaknya ini. Rata-rata peminat seronok melihat telatah Anggrek. Antara komen-komen mereka adalah :

” Muncung tu.. Comel ja baju sama, Muka anak Dusun Ranau senua.. cute, Hy adik comel semua.. dak kakak tiap hr cantik.. “

” Amboi kakak tak menahan ko kannn dgn berginchu.. diva sungguh, ger4mmm, sungguh, anak AKA remy sahak ni.. “

” Kuheii c anggrek jg la pling menang ni.. mng tu gincu dia.. cumil gia, Amboiiii bibir… Cutenya, uihhh mcm kembo 3 TIBERRR.. “

” Comel comel sangat salam peminat dari indonesia… Sama sangat muka abg dgn si adik…. Beza jant1na je.. “

” Takpa kak.. pologoso nepe nde.. mmg suka bhagian kcntikan dia ni smpai bsr, Dah besar dah anggrek.. “

” Bak sini budak gincu merah tuhhh adirasuhaimi.. eiiii ger4mmmm jer, mcm kmbar pulak asan dan anggun.. “

” Makann hati bibir si kakak… merah… dak kakak tiap hari cantik.. comey, Comel kesemuanya.. Comel sangat.. “

Sudah pastinya Adira seronok melayan kerenah ketiga-tiga anaknya. Adira juga tidak kurangnya, tetap kelihatan cantik walaupun sudah beran4k tiga. Kami di Berita Kopak mendoakan anak-anak Adira menjadi anak yang soleh dan solehah yang dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT