Artis / Selebriti
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
Video perbualan dalam talian YB Syed Saddiq bercerita mengenai kejayaannya dalam Ironman World Championship. Part tanya pasal Bella Astillah tu, alahai sweetnya jawapan YB. Berbunga-bunga hati dengar, hehe..
YB Syed Saddiq berjaya melakar kejayaan di Ironman World Championship dan ianya satu kebanggaan untuk negara Malaysia. Misi YB Saddiq untuk menamatkan perlumbaan dan mengibarkan bendera Malaysia tercapai dan lebih membanggakan dirinya, YB Saddiq berjaya mengatasi masa yang disasarkan iaitu cuma 13 jam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan team 3 Pagi Era iaitu Radin, Pak Azad dan Namie menghubungi YB Saddiq yang masih lagi berada di luar negara untuk bertanyakan mengenai pengalaman YB Saddiq sepanjang perlumbaan Ironman itu.
4 km berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari, ianya bukan sesuatu yang mudah. Namun YB Saddiq bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan semua itu. Antara 3 cabaran itu, berbasikal adalah yang paling sukar dan mencabar mental dan fizikal kerana perlu melalui jalan yang mendaki gunung.

Selain itu, Pak Azad turut menyelitkan nama Bella Astillah yang turut bersemangat memberikan sokongan kepada YB Saddiq. Pasti ramai yang menonton video Bella berlari bersama YB Saddiq sambil menjerit ‘ I’m running with you’ dan ‘ I’m proud of you ‘. Lagi berbunga-bunga melihat lovebird ini saling berbalas isyarat mini love.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terngiang2 lagi kat telinga ni Bella jerit “im proud of you” , “I’m running with you”.. sambil berlari.. memang bella energy booster YB.. “
” In Malaysia we dont say I LOVE YOU but we say ‘ I’M PROUD OF YOU’, ‘ I’M RUNNING WITH YOU’.. I’m crying, our new tagline.. “
” Tahniah yb… anda hebat dgn kita lari2 skali ikut bella… penat rasanya tp nangis la sis tgok bella.. kuat bg semangat.. memang bella bagi energy booster dekat YB Saddiq.. “
” MasyaAllah, boleh bayangkan betapa besar sokongan yang Bella mampu berikan, In Syaa Allah, dalam perjalanan YB dan juga dalam kehidupan bersama mereka selepas berkahwin nanti. Sanggup tak tidur semata2 tengok live jack,nak tunggu YB sampai garisan penamat.. jam3 pagi terus jalan p kerja.. “
” Congratss YB.. Bella running with u, Bella proud with u.. hard work paid off YB.. Bella energy boost yang setia menemani YB sampai ke akhir.. “
” Last year cuma ada ayat… i am proud of you.. sbb Bella tak pandai swim. tahun ni ada 2 ayat… i am proud of you i am running with you.. Enerby booster ya YB, alahai so sweet tau YB.. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. “
” Yg mana tak puas hati kenapa YB dpt attention more than others, jawapannya YB is a very well known influencer & young politician. Tambah pulak dengan adanya bella Astillah di sisi mmg banyak la dpt engagement luar biasa di media sosial. Yg penting sukan triathlon makin mendapat perhatian rakyat Malaysia, even Malaysian students di France pun datang memberi sokongan di Nice.. “
” Aku sebak part bella ikut lari.. Tahniah YBSS…support dari Bella Astillah, family dan team sangat kuat, good luck.. “

Bella sememangnya pembakar semangat YB Saddiq, larian dan kata-kata Bella untuk YB Saddiq itu masih terngiang-ngiang di telinga warganet. Apa-apa pun, tahniah YB Saddiq atas kejayaan bergelar Ironman dunia. Semoga selepas ini pencinta BASS mendapat berita yang lebih gembira daripada YB Saddiq dan Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era, IG Era, IG Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

