Artis / Selebriti
” Alaa masuk habuk pula mata tengok video ni.. ” – Netizen
Video Ziana Zain Menangis Ketika Menerima Kejutan Video Ucapan Istimewa Daripada Anak-Anaknya Semasa Di Sidang Media Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya, Touching Sangat !!
Meninjau di akaun Instagram Sinar telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sidang media oleh penyanyi Ziana Zain. Difahamkan sidang media tersebut diadakan di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur untuk berkongsi khabar gembira.
Pelantun lagu Madah Berhelah ini mengumumkan akan mengadakan konsert yang diberikan nama sebagai Ziana Zain Konsert 2024 pada tahun hadapan bertarikh 25 Mei 2024. Ziana kelihatan begitu teruja untuk mengadakan konsertnya itu.
Ziana Zain Konsert 2024 yang dianjurkan Anuar Zain Network Sd Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse mendapat sentuhan pengarah muzik, Aubrey Suwito serta 16 pemuzik profesional. Jennifer Thompson bertindak sebagai pengarah konsert.

Menerusi satu video yang dikongsikan, memaparkan Ziana menerima kejutan video istimewa daripada anak-anaknya. Ucapan terima kasih dan luahan rasa sayang kepada ibu mereka, kelihatan Ziana sedikit tersebak dan mengesat air mata ketika sedang mendengar ucapan anak-anaknya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alaa masuk habuk pula mata tengok video ni.. 4 harta berharga Ziana Zain dunia akhirat.. Semoga Ziana terus kuat menjalani kehidupannya.. “
” Aduiii yang second tu suara mcm uncle dia la. Nyanyi sedap ni, hehe.. Kita pula touching tengok Ziana nangis.. Semoga segalanya dipermudahkan.. “
” Antara penyanyi malaysia yg sangat2 beruntung.. Sebab terlalu byk lagu2 best yg pernah dinyanyikan beliau.. Even kalau buat konsert tak perlu nyanyi lagu org lain.. Tahniah2 untuk upcoming konsert.. “
” Love g1la suara Kak Gee.. Tak sabarnya nk pergi konsert Kak Gee.. Mesti kej0tannya adalah Kak Gee akan berduet dengan adiknya Anuar kan.. “
” Woww, sedap g1la suara Ziana ni, unik betul.. Masih berbisa.. Lagu yang sangat menggamit memori ketika zaman remaja dahulu.. “
” Finally yg ditunggu2.. Make sure pentas etc grand ya.. Auto teringat konsert unplugged long time ago, in dress hijau cantekkk sangat.. “
” 27 tahun dah usia lagu puncak kasih ciptaan Arwah Adnan Abu Hassan.. Nyanyian penyanyi terbaik Malaysia kak Ziana. Antara lagu terbaik yg pernah kak Ziana nyanyikan.. “
Alahai penuh kasih sayang setiap ucapan anak-anak kepada Ziana dan semestinya ianya sangat sebak buat Ziana kerana anak-anak adalah penguat semangatnya. Sementara itu, pada sidang media tersebut, Ziana juga turut menyanyikan lagu ‘ Puncak Kasih’ buat semua tetamu yang hadir.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, iamzianazain
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen



