Artis / Selebriti
” Ala belum ada anak sendiri, bolehlah. Nanti esok ada anak sendiri.. ” – Netizen
Video Respon Watie Hanifiah Terhadap Kec4man Orang Tentang Dirinya Berhubung Isu Anak Kandung. Adoi Sampai Macam Tu Kata-Kata Watie Kena Hadap. Tak Sangka Watie Sanggup Buat Keputusan Yang Tak Semua Wanita Rela Nak Buat !!
3 bulan sudah berlalu sejak usahawan wanita, Watie Hanifiah mendirikan rumahtangga bersama pelawak Shuib Sepahtu. Nama Watie menjadi sebutan warganet dan seperti biasa ada yang suka dan tidak kurang juga yang masih kurang senang Watie menjadi isteri dan mummy baru kepada anak-anak Shuib.
Namun itu semua asam garam yang perlu Watie telan apabila menikahi selebriti popular. Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan temubual ekslusif Watie bersama hos segment One On One, Farhana Ab Rahman.
Segment ini akan disiarkan pada 2 Oktober nanti di saluran Astro Ria. Banyak yang dibicarakan dan antaranya perihal Watie menjaga kakaknya yang seorang Orang Kurang Upaya atau OKU dan kehidupan Watie selepas berkahwin bersama Shuib dan anak-anak.

Kata Watie, ramai yang berkata-kata mengatakan Watie akan berubah apabila ada anak sendiri. Dek kerana hal ini, Watie telah pun berbincang dengan Shuib dan mengambil keputusan untuk tidak merancang memiliki anak sendiri dan fokus untuk membesarkan Uwais, Talita, Matin dan Ayash buat masa sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagusnya lahai, alhamdulillah.. Nampak cara Watie bercakap tu ikhlas.. Hebatnya seorang Watie ni. Semoga yang baik-baik saja mengiringi dia, Shuib dan anak-anak.. ”
” I pernah nampak watie kat baby expo, dia bawa ayash without her hubs. Cara dia layan ayash tu mcm mak betul. Penyayang sgt.. ”
” Watie ni ada kebaikan dia sendiri. Mungkin sebab hati dia , shuib pilih dia. Bukan senang nak handle 4 anak tiri… sedangkan takde pengalaman Jaga anak sendiri.. kak watie sgt kuat.. ”
” Baiknya hati awak.. In shaa Allah. Pasti Allah balas kebaikan kamu dik.. Dpt ank tiri yg syg kan watie mcm mak sendiri pun tu rezeki..mmng jelas nmpk anak-anak syg dia Sangat-sangat.. ”
” Sed1hnya bila wati ckp mcm tu semoga Allah membalas segala kebaikn u sis.. Allah tetapkan aturan yg terbaik utk diri watie hingga akhir hayat.. ”
” Ayash pun masih kecik insyallah anak tiri semua sayang dia .. rapat melekat diorg tu ngan watie.. jaga anak2 yatim besar pahala.. ”
” Setiap org yg kawin jauh disudut hati mmg mgimpikan utk mgandung dari rahim sdri. Ksian watie. Sy pasti dia blh jadi mak tiri yg baik even ada anak sdri nnt. Aminn.. ”
Semua wanita berkahwin mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Mungkin untuk masa sekarang Watie merasakan belum sesuai untuk ada baby kerana anak-anak masih kecil. Satu hari nanti, apabila sampai masa yang sesuai, moga ada rezeki Watie untuk merasai pengalaman hamil dan bersalin, InshaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

