Viral
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen

Video seorang anak yatim piatu, Adik Isma yang kehilangan satu-satunya saudara kandungnya tahkala raya yang bakal menjelma buat ramai sebak. Mengalir laju air mata dengar ayat adik Isma. Menangis sama, rasanya menusuk ke hati..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Asrama Perkata Marang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kepiluan hati seorang anak yatim piatu yang kehilangan satu-satunya abang yang ada. Anak muda ini bernama Isma dan dia cuma 2 beradik sahaja dalam keluarga.
Hilang kedua ibu bapa dan tinggal di rumah anak yatim bersama abangnya, satu lagi ujian menimpa adik Isma. Abangnya meninggal dalam tandas surau dan tinggallah dia seorang diri. Isma tidak dapat menahan airmatanya ketika bercerita kepada salah seorang yang berada di pusat jagaan anak yatim ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak tertanggung rasa luluh jiwa anak ini kerana merasakan dia sendiri di dunia ini. Tanpa ibu bapa dan adik beradik, gugur airmata adik Isma. Rintihan adik Isma ini meruntun jiwa semua warganet yang menonton video ini.
Tangisan adik Isma menceritakan segala sedih dan pilu di hatinya ketika itu. Bukan mudah untuk menghadapi saat sukar sebegini. Namun pastinya adik Isma adalah insan terpilih yang Allah uji dengan kesedihan dunia. Akan ada manis dan hikmahnya dengan setiap apa yang terjadi.
Jom tonton video di bawah :
@asramaperkayamarang “ KISAH SEDIH ANAK YATIM PIATU “ Diakhir ramadhan ini, teringat ke adik isma nie macam laa dia beraya nanti. Adik Isma nie dia ad 2 beradik je dalam keluarga.Anak yatim piatu ,abg dia meninggal di dalam tandas surau ,Kisah cerita isma masih teringat sampai ke hari ini. Ayat yang paling sedih skali adik isma cakap ” KITA TAKDE SAPE SAPE DOH , TINGGAL KITA SORANG JE “😭 ya Allah hanya tuhan sahaja yang tahu hati dan perasaan masa tu, bukan mudah menjaga anak2 yatim ini.sayangilah mereka semua ini.ya allah ya tuhan ku berikan lah kekuatan pengurusan2 kami untuk bertahan dalam PERKAYA untuk menjaga anak2 yatim yang diberi amanah oleh allah, semoga adik isma berjaya dunia 🤲
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bila seseorang itu sedang menangis bermakna dia tgh melepaakan rasa kesedihan yang terbuku dihati.. biarkan dia menangis.. “
” Bengkak mata dia nangis. Allahuakbar, moga Allah sentiasa menjaga adik ini. Anak & adik yg baik.. allahu.. semoga kamu di bawah perlindungan Allah dan dipermudahkan urusan mu dik.. “
” Allahu kesiannya masa dia ckp “kita sorang je bang” jurai2 air mata saya.. Allah x menguji kamu kalau kamu x kuat sayang.. Semoga tabah nak.. melalui ujian ini.. “
” Bila adik ni cakap kita sorang je bang, terus mengalir air mata aku.. macam kena robek hati ni.. Mu org2 terpilih dik diuji sehebat ini.. “
” Allahuakbar, subuh2 ni tengok ni aku menangis, hancur nya hati tengok kau menangis dik, semoga adik kuat dan sabar,y Allah permudah kn lah urusan adik ini,dn temu kn adik ni sama orang yg baik.. “
” Allahu, tak layak saya nok tulis suruh sabar,, sebab yg lalui saje yg faham sakitnya perasaan kehilangan orang tersayang tu mcmmne, semoga terus kuat mnghadapi ujian darinye.. “
” Tangisan dia tu sangat meluluhkan hati yg tengok ni , Allahuakbarrr sakitnya.. aku menangis teresak-esak selaju air mata adik ni.. Kluar je perkataan YA ALLAH dari mulut adik ni, air mata saya kluar tak berenti.. “
Beratnya dugaan yang dihadapi oleh adik Isma, apatah lagi Aidilfitri bakal menjelma. Hilang satu-satunya darah daging yang ada umpama hilang separuh dirinya. Semoga Allah kurniakan adik Isma kekuatan untuk menempuhi segala dugaan mendatang dan sentiasa dalam jagaan-Nya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Perkaya Marang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin