Viral
” Umur 13 tahun dah tahu tanggungjawab menjaga ibu. Aduhai, laju je air mata turun.. ” – Komen Netizen
Video adik Iman yang viral menjaga ibunya di hospital, menyantuni ibunya ketika Isha Norsham berkunjung ke rumah buat ramai tersentuh. Sebak tengok Iman suap Putu Bambu ke mulut ibunya. Cerita belajar pakaikan pampers untuk ibu daripada Youtube, hebat adik Iman..
Sebagaimana janji yang dibuat oleh penyampai radio Era, Isha Norsham dan adik Iman, akhirnya mereka bertemu di rumah kediaman Iman. Gembira hati Isha dapat bertentang mata dengan adik Iman dan Isha mengagumi cara dan kehidupan Iman bersama ibunya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang dirakamkan ketika Isha berkunjung ke rumah adik Iman. Anak tunggal dan hanya tinggal bersama ibu membuatkan adik Iman lebih matang dan penuh dengan rasa tanggungjawab.
Isha membawa putu bambu makanan kegemaran ibu Iman yang Iman minta. Sebak terasa di hati warganet melihat Iman menyantuni ibunya itu. Satu demi satu suapan Iman ke mulut ibunya dan langsung tidak kelihatan kekok. Adik Iman sepertinya sudah biasa menyuap ibu makan.
Impian ramai ibu bapa untuk memiliki anak sebaik Iman. Adik Iman turut berkongsi cerita dengan Isha dia mempelajari cara untuk memakaikan pampers orang dewasa hanya menerusi Youtube. Bagus Iman, ada inisiatif sendiri untuk lebih pandai menguruskan ibu. Selein itu Iman juga dapat video call dengan selebriti yang diminatinya iaitu Zizan Razak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Iman Firdaus. Semoga syurga Firdaus buatmu. Hebat org nya, umur 13 tahun dah tau tanggungjawab menjaga ibu.. “
” Nma pun adik iman sesuai sngat dngn perilaku… semoga awk di permudahkan dunia akhirat dek… x semua org boleh buat apa yg adik buat dkat ibu adik tu… akk salute.. “
” Semoga menjadi anak soleh ye adik Iman. banyak pahala awak jaga ibu, kunci syurga awak tu.. “
” Sejuk perut mak dpt anak baik macam ni.. mak adik iman msti bangga dgn ia kecik2 dh brtnggungjwab orgny .. moga murh rzeki iman,, brjaya dunia akhirt dan sntiasa brtnggungjwab smpai brjaya nnti.. “
” Aduhaiiiii hati….robek tgk… kuatlah duhai anak demi syurgamu. Beruntunglah duhai ibu, anakmu tahu erti tggjwb. Semoga yang baik2 utk kalian berdua.. “
” Tak ley tgk video2 adik ni… Laju je hujan turun.. Ni lah anak soleh idaman semua mak ayah. Aku yg tak beranak kat dia pun sejuk perut tengok, ni apatah lagi mak yg lahirkan dia.. “
” Anak soleh, langsung tak kekok, serba serbi boleh, belajar rajin-rajin masuk universiti, dpt kerja bagus boleh bagi kesenangan dekat mak ya adik, good look adik iman.. “
Alhamdulillah rezeki ibu Iman ada anak yang soleh dan sebaik Iman. Baik budi pekertinya seperti nama yang diberi. Semoga adik Iman terus berbakti kepada ibu selagi hayat ibu dikandung badan, menjadi anak yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen