Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku lemp4ng jugak Achey ni. Sak1t perut gelak, haha.. ” – Netizen

Kongsi Sedutan Video Babak Dalam Filem Mat Tudung Begins, Gelagat Maryam You Narae Bersama Achey Dan Dato’ Fizz Fairuz Buat Ramai Terhibur. Dialog Maryam Dengan Reaksi Muka Achey Dan Fizz Tahan Gelak Tu Lawak Betul. ‘Puti Puti Burgambar Okey’ , Haha !!

Semalam telah bermula lah siaran filem sulung Dato’ Fizz Fairuz berjudul Mat Tudung Begins. Dibarisi pelakon hebat antaranya Achey Bocey dan Maryam You Narae, filem ini menjanjikan hiburan buat semua penonton yang menontonnya di pawagam.

Meninjau akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan video ketika babak Achey bersama Dato’ Fizz dan Maryam. Dalam scene ini, Maryam ingin mengupah Achey dan Dato’ Fizz dengan satu tugasan dan membayar sejumlah wang berjumlah RM5000.

Maryam yang masih pel4t bahasa Melayunya ini membuatkan warganet berdekah mendengar ayatnya selepas itu. Kata Maryam dia mahukan ‘ puti-puti burgambar ‘, namun ayat Maryam tidak difahami oleh Achey dan Dato’ Fizz. Sudah sampai ke ‘putih-putih melati’ perginya si Achey punya pemahaman.

Maryam turut menyelitkan dialog dalam bahasa Korea. Achey sendiri ada ketikanya ketawa spontan kerana tidak dapat menahan geli hatinya itu. Ketawa real betul ni Achey, menjadi betul gandingan Achey, Dato’ Fizz dan Maryam kali ini. Pemilihan pelakon yang tepat lah Dato’ Fizz.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih hampir 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ajee puas dok tengok berkali-kali nak bagi pahamm… HAHAHA comeyy.. Siapa tengok lebih sekali kita geng haha.. ”

” Ad0i sak1t perut aku gelak. ulang banyak kali nak paham. Mula dengar “puti puti”. Pastu “kuti kuti”… alaaaahh… tak paham jugak. Gelak dah macam apa dah ni.. rupanya “i nak bukti bukti bergambarrrr” .. ”

” Bnyk kali aq tngk baru fhm.. Bukti bukti fon gambar haha. ad0i maryam, nasib tak tersembur ketawa Achey tu haha.. ”

” Kembang kempis kembang kempis hidung Acheh tahan nak gelak haha.. Haru biru cerita ni bawak masuk Maryam haha.. ”

” Tengok 2 3 kali pun tergelak sorang-sorang. Ad0i lah puti puti melati, berair mata nak bagi faham haha.. Bukti-bukti burgambar haha.. ”

” Saya yang tengok pon rase susah tu bang haha, gelak real tu bukan dibuat-buat hahahahahah.. Maryam menahan je nak gelak.. ”

” Hareyyy sungguh la muka ko… rasa nk tepok-tepok je dahi tu haha.. Aku Lemp4nggg Gak Achey Ni.. sak1t perut gelakk.. ”

Kelakar sungguh melihat wajah Achey yang tak dapat menahan ketawa tu. ‘Puti puti melati’ perg1nya ye Achey, haha. Baru tengok sikit sudah lucu, confirm berdekah semua di panggung yang menonton. Selamat maju jaya Dato’ Fizz Fairuz dan semua pelakon, semoga filem ini akan box office dan mencapai kutipan yang tinggi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT