Connect with us

Artis / Selebriti

” Selalu kena marah, nak buat video kat rumah pun macam tu.. ” – Syamel

Video Syamel Dan Ernie Zakri Berebut Nak Bercakap Di Atas Pentas Buat Warganet Terhibur. Part Ernie Minta Syamel Jangan Cakap Semua Dan Tinggal Dekat Dia Sikit Tu Memang Kelakar, Berdekah Penonton !!

Siapa tidak mengenali pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakri. Mereka antara penyanyi yang memiliki suara yang lunak serta mempunyai ramai peminat. Pasangan ini juga suka merakam gelagat lucu mereka untuk tontonan ramai di media sosial.

Terbaru, meninjau di akaun Tiktok Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah berkongsi satu video yang memaparkan Ernie dan Syamel sedang membaca promo dalam program Konsert Minggu Ini, terbitan RTM. Menerusi video itu, Syamel sedang membuat promo untuk siaran televisyen TV2, Namun Ernie telah memberitahu kepada Syamel agar men1nggalkan sedikit dialog kepadanya untuk bercakap.

Syamel telah memberitahu Ernie masih ada lagi dialog, namun Ernie mengatakan sudah tiada. Sempat Syamel mengatakan yang dirinya selalu dim4rahi oleh Ernie di rumah ketika mereka sedang membuat video. Kedengaran para penonton berdekah ketawa melihat telatah pasangan suami isteri ini di atas pentas.

Perkongsian video itu juga telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok. Sempat lagi Syamel meluah perasaan kan, siap buat muka merajUk lagi, Ernie pun ketawa tengok Syamel.

Tonton video di bawah ini :

@radiotelevisyenmalaysia

Selain gaduh nak makan mana, nak buat promo pun boleh gaduh ye..😗 #KonsertMingguIni #SyamelErnieZakri

♬ Funny Song – Cavendish Music

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan memberikan emoji ketawa melihat telatah pasangan suami isteri ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel btl psgn ni lahh, Syamel pun suka nyakatt bini, hahahaha.. Eee dorang ni kat tv pun gadoh manja ekkk, hahahaa suka tengok.. “

” Asal comel sangat ni, kalau tak buat kelakar memang bukan Syamel n Ernie lah… Depan2 orang pun sempat lagi gad0h, haha.. “

Alahai ‘gad0h-gad0h manja’ pula pasangan ini atas pentas. Syamel dan Ernie memang pasangan kelakar sejak dari sebelum mendirikan rumahtangga sehinggalah sudah berkahwin. Apa-apa pun semoga Ernie dan Syamel akan terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Ernie dan Syamel telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada tahun lalu. Memilih nama sebagai Nur Khawla Soleh, si kecil tersebut membesar dengan sihat serta wajahnya saling tak tumpah seperti Ernie.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok radiotelevisyenmalaysia, erniezakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT