Artis / Selebriti
” Lawak lah nampak muka Bell dah cuak.. ” – Netizen

Video Isteri Bell Ngasri, Nur Farhana Buat Panggilan Telefon Menyamar Jadi Peminat Fanatik Bell Buat Ramai Terhibur. Haaa Tahu Pun Takut Yer Bell. Siap Tahu Saiz Seluar Dan Kasut, Cuak Habis Bell, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Zayan telah berkongsi video yang memaparkan pelakon Bell Ngasri dijemput ke konti untuk berkongsi kegembiraannya setelah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35Â baru-baru ini.
Menerusi satu video lain, Bell memberikan ucapan terima kasih kepada isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni Bell. Namun, tiba-tiba Mawi telah mengatakan ada menerima panggilan daripada seorang peminat Bell yang bernama Sarah.
Sarah telah mengatakan yang dirinya merupakan peminat fanatik Bell sehinggakan dia tahu saiz kasut dan seluar Bell serta mahu bersama dengan Bell hingga ke jannah. Mendengar apa yang dikatakan itu, wajah Bell terus terkejut serta berfikir siapakah gerangan wanita tersebut.
Setelah itu Sarah telah memanggil Bell dengan panggilan ‘Yang’ terus Bell tahu pemilik suara panggilan itu adalah isterinya. Reaksi Bell telah mengundang tawa Mawi, Faizal Ismail dan Anas. Sempat Bell bersoloroh mengatakan nasib baik ‘ending‘ panggilan isterinya setakat itu sahaja.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat reaksi Bell setelah terkena panggilan prank daripada isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawak lah nampak muka Bell dah cu4k.. Sewel lah, saya pun naik cu4k dengar.. Perempuan mana ni, hahahaha.. Isteri dia lah.. “
” Saya pun terkej0t tadi macam eh tiberrr ada caller perempuan.. Haha tak pelik tiba2 dapat call, dah tu pr4nk pulak, hahaa.. “
” Hahahaah penat ek gelak, lawa lah dengar.. Dan2 nampak jelas itu isteri dia.. Seng4l lah Bell, penat ketawa lah tgk.. “
Selalu nampak wajah Bell kelakar, kali ini terus lain reaksi wajah Bell setelah mendapat panggilan daripada wanita yang tidak dikenali. Tahu pun takut kan Bell, hehe. Apa-apa pun semoga Bell terus maju jaya dalam kerjaya seni dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang,
Untuk sekadar info, selain memenangi trofi Anugerah Bintang Paling Popular, Bell juga berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada malam ABPBH-35. Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya merangkul trofi tersebut.
Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my, bellngasriofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen