Connect with us

Artis / Selebriti

” Thank you, 12 tahun bertahan dengan perangai papa.. ” – Dato’ Fizz Fairuz

Perkongsian Dato’ Fizz Fairuz sempena ulangtahun perkahwinan bersama isterinya, Datin Almy Nadia buat ramai tersentuh. Fuhhh, jarang-jarang Fizz nak tulis sweet macam ni. Hadiah yang bakal Fizz bagi kat Almy tu special sangat..

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon terkenal, Dato’ Fizz Fairuz, telah dikongsikan satu ucapan istimewa yang menyentuh hati buat isteri tercinta, Datin Almy Nadia sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Perkongsian tersebut jelas memperlihatkan sisi romantis dan penghargaan seorang suami terhadap pasangan hidupnya.

Menerusi coretan yang ditulis, Dato’ Fizz meluahkan rasa syukur serta terima kasih atas segala pengorbanan Datin Almy sepanjang 12 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama. Kata-kata yang dititipkan cukup bermakna, mencerminkan betapa besarnya peranan Almy dalam kehidupan dan keluarga mereka.

Bukan itu sahaja,  Dato’ Fizz turut berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kerana Datin Almy sanggup bertahan dengan sikap dan perangainya selama ini. Dalam nada yang penuh kasih, Dato’ Fizz juga meluahkan hasrat untuk membawa isterinya menunaikan ibadah haji sebagai hadiah istimewa sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Dalam masa yang sama, menerusi satu lagi perkongsian berasingan, Dato’ Fizz tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan selamat hari lahir buat isterinya itu. Ucapan tersebut dilihat ringkas, namun penuh makna, menambahkan lagi rasa istimewa pada hari bahagia Datin Almy.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut menitipkan pelbagai ucapan serta doa buat Dato’ Fizz dan Datin Almy. Antara komen-komen menarik adalah :

” Almy ni hot betul dia dulu… Lawa orangnya… Dia sanggup tinggalkan zaman famous dia untuk keluarga… Happy anniversary dato and datin.. “

” Alhamdulillah..tahniah happy anniversary yg ke 12 Fizz dan Almy .. Semoga ikatan perkahwinan kasih sayang kalian berdua berkekalan hingga ke akhir hayat aaaminnn aaminnn aaminnn ya rabbal alamin.. “

” Selamat Ulang Tahun buat keduanya… Almy sangat comey… Dok teringat lagi dia babai kat Megamall kuantan masa berselisih beli McD… “

” Alhamdulillah semoga terus kuat kebal.ikatan Korg hingga suratan yg memutuskn kehidupan.. Take care Happy Anniversary.. “

” Alhamdulilah tahniah buat you-all semoga kekal hingga ke syurga bersama ya.. Happy birthday Datin Almy.. “

” Semoga terus berkasih sayang & berbahagia hingga ke syurga buat Dato & Datin.. Aamiin yaa rabb, yaa mujib.. “

” Selamat Hari UlangTahun Perkahwinan..Datuk/Datin.. Semoga Happy2 Selalu Cinta Kasih Sayang Hingga Ke Hari Tua.. Aamin.. “

Perkongsian-perkongsian ini akhirnya menarik perhatian warganet yang turut tersentuh melihat kasih sayang antara pasangan ini. Ramai yang mendoakan agar hubungan mereka terus kekal bahagia dan diberkati, selain menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam membina rumah tangga yang harmoni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fizzfairuzofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak