Connect with us

Artis / Selebriti

” Aduh sedihnya, ucapan Dekta tu touching lah. Suara Dekta macam ibu.. ” – Netizen

Video Anak Perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra Memberikan Ucapan Hari Lahir Dan Menunjukkan Kad Hari Jadi Yang Dibuat Untuk Shuib. Alahai Sweetnya Ucapan Dekta, Tapi Sayu Pulak Dengar. Gaya Bercakap Macam Ibu Sangat !!

Menerusi akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra memberikan ucapan hari lahir buat Shuib. Untuk makluman, Shuib menyambut ulangtahun kelahirannya beberapa hari yang lalu.

Talita atau mesra dengan gelaran Dekta ini membuat sekeping kad hari lahir buat Shuib. Bukan biasa-biasa, kad hari lahir oleh Dekta kali ini begitu besar dan nampak cantik. Ada hiasan yang dibuat sendiri oleh Dekta. Komen warganet, Dekta seorang yang kreatif dan menurun bakat pandai mendekorasi sperti ibunya, Siti Sarah.

Masih teringat dulu, Siti Sarah menghias motor Shuib. Berenda-renda dan ‘meriah’ jadinya motor Shuib ketika itu. Dalam video ini juga, Dekta memberikan ucapannya agar Shuib murah rezeki, bahagia selalu bersama isteri baru dan perniagaan Bubblebee akan berkembang sehingga ke luar negara.

Ramai yang mengatakan suara dan gaya Dekta bercakap tak ubah seperti arwah ibunya. Harapan ibu untuk Bubblebee pun sama seperti yang Dekta ungkapkan. Betul, ayah adalah cinta pertama untuk anak perempuan dan kasihnya akan sentiasa segar.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 600o tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sebijik mcm ibu… suka decoΒ².. dulu ibu buat dkt motor daddy.. skrang menurun dkt si cantik Talita plk… cara ucapan tu mcm ibu sangat.. jadi anak solehah ya sayang.. ”

” Menurun ibu sangat dekta ni. Like mother like daughter kan.. Pandai Talita buat cantik special tu… Anak perempuan yg sopan santun sifat2 arw4h mak nya… Semoga membesar menjadi anak yg solehah.. Aaamiin Ya Rabbal Alaamiin.. ”

” Character, suara sama macam arw4h ibu.. canteeek. dekta mmg kreatif orgnya. tgok aje clip mommy daddy dia kt sabah aritu.. ”

” Suara Dekta macam ibu.. cara bercakap dia love sangat.. Daddy…. kekasih awal dan akhir Dekta. Message Dekta buat aunty sayu sgt. Moga Dekta syg dan hormat Daddy hingga ke Jannah. Aamiin.. ”

” Suka dengar suara dekta.. suara arw4h ibu.. lembut-lembut manja .. cantik dekta buat utk daddy.. sp touching, sweet of you dekta.. ”

” Aunty pulak yg sed1h ni.. semoga Allah makbulkan doa2 Talita buat daddynya shuibsepahtu… Aamiin YRA. Semoga Talita juga menjadi anak yg baik dan solehah buat keluarga tersayang.. ”

” Aduh sedihnya, ucapan dekta tu touching lah.. It’s beautiful gift like u dekta.. always remember u and ur siblings daddy have a special place in his heart.. hug with love.. ”

Ucapan yang tulus dan ikhlas daripada seorang anak untuk ayah tersayang. Semoga segala doa-doa Dekta untuk daddy akan dimakbulkan oleh Allah, InshaAllah. Terus menjadi anak yang baik dan solehah untuk daddy, ibu dan mommy Dekta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT