Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi lah makin hari makin kelakar lah Dekta dengan mummy ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Watie Hanifiah Bermain Permainan Soal Jawab Dengan Dekta. Amboi Dekta, Makin Riuh Dan Kelakar Sekarang Ni. Part Watie Tanya Antara Daddy Dengan Mummy, Dekta Nak Selamatkan Siapa Tu Win Sungguh Jawapan Dekta, Gelak Besar Mummy !!

Meninjau akaun Tiktok ShuibWatie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu-satunya anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra atau Dekta sedang bermain permainan soal jawab bersama mummynya, Watie Hanifiah.

Permainan dimulai dengan Watie bertanyakan kepada Dekta apakah 3 benda yang Dekta suka lakukan dengan mummy. Menjawab dengan mudah soalan tersebut, Watie meneruskan dengan soalan berikutnya mengenai makanan yang disukai oleh Dekta hasil air tangan mummy.

Suasana mula menjadi riuh ketika soalan sebanyak mana sayang Dekta terhadap mummy. Amboi Dekta, betul-betul sayang mummy, lagi atas daripada syurga dijawabnya. Permainan diteruskan dengan Dekta pula menyoal Watie dengan beberapa soalan.

Alahai kelakar juga Dekta ni rupanyanya. Kena sangat dengan mummynya yang perangai g1la-g1la dan masuk air ni. Riuh rendah dua beranak ini apabila bergabung bersama-sama. Seronok warganet melihat kemesraan Dekta dan Watie.

Jom tonton video di bawah ( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@shuibhvt8p2

Cerita mummy dan Talita #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie

♬ original sound – ShuibWatie – ShuibWatie

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun mencatatkan lebih 22 ribu t anda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kita biarkan je, haha kelakar dekta ni. dengan kita sekali terbahak ikut watie ketawa.. lucu mummy dengan dekta.. akrab betul.. ”

” Mantap jiwaaa hahaha.. Ad0ilah makin hari makin kelakar lah dekta dengan mummy ni.. Watie ni memang suka budak. Alhamdulillah betul pilihan Shuib.. ”

” Sampai tahab ni suka pulak dengan bonding between Watie n kid. Comel dua-dua.. Aku pulak yang sengih sorang-sorang tgk gelagat dorang ni.. ”

” Masalah dua beranak ni kelakar wei haha.. Nampak keserasian tu, bahagia nya tengok dekta sekarang.. mummy ajuk dekta tu lawak betul haha, senget-senget kepala mulut semua haha.. ” 

” Tengok dorang aku tersentuh. tiba-tiba teringat dekat arwah. semoga tenang disana.. comel macam bestfriend dekta dengan mummy dia.. ”

” Seronok ada pengganti ibu. Boleh tumpang bermanja. Walau tak sama tapi ada.. the only girl, ada mummy buat kawan.. ”

” Cara watie layan an-anak macam arwah sarah… dengan gelaknya… al fatihah buat arwah sarah… nampak ikhlas watie. Lucu dekta sebut mantapp jiwaaa.. ”

Terhibur hati warganet melihat telatah Dekta dan Watie ini. Ada anak beranak ini sudah cukup meriuhkan suasana dalam rumah. Allah menemukan Dekta dengan mummy yang penyayang dan ikhlas sayangkan Dekta, beruntung Dekta. Moga Dekta terus bahagia begini sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok ShuibWatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT