Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia gelak dengan diri dia sendiri. Lucu Amir ni, haha.. ” – Netizen

Video Amir The Chosen One Ketika Menonton Video Reaksi Orang Indonesia Mendengar Dirinya Menyanyi Lagu Untukmu Ibu. Amboi Amir, Seronoklah Sungguh Dia Keluar TV. Boleh Pulak Amir Gelak Tengok Diri Sendiri. Bertuah Betul, Haha !!

Saban hari, ada sahaja perkembangan mengenai adik Amir The Chosen One yang dikongsikan kepada umum oleh guru-guru Amir. Dari rimba membawa harapan untuk sebuah kejayaan, nama Amir mula menjadi sebutan sejak dari konsert prelude rancangan realiti itu lagi.

Sudah 3 minggu adik Amir berentap di pentas The Chosen One dan antara lagu yang membuatkan ramai menangis adalah lagu Untukmu Ibu. Tidak hanya penonton di Malaysia, malah warganet dari negara jiran Indonesia juga turut tersentuh mendengar alunan suara Amir ini.

Meninjau akaun Tiktok Termoj Production, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Amir ketika menonton video komen dan reaksi orang Indonesia ketika menonton persembahan Amir. Air mata mengalir, itu yang biasa berlaku sewaktu melihat Amir menyanyi.

Amir yang menonton diri sendiri di kaca TV kelihatan bwgitu seronok. Tulis gurunya di ruangan kapsyen, Amir seronok dia masuk TV. Tengok orang menangis, boleh pula Amir ketawa melihat diri sendiri. Budak bertuah betul lah Amir ni, dia tak sedar agaknya dirinya sudah viral, hehe.

Jom tonton video di bawah ( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )  :

@termoj.production6

Seronok dia masuk tv..hehe..Terima kasih atas sokongan anda semua,moga segala kebaikan berbalik kepada kalian juga#termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ #berandafypシ #amirsisi #amirworld #berandafypシ

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Lucu amir.. dia gelak dengan diri dia sendiri.. nak tergelak tengok gelagat amir ni.. adoii.. hahahha.. ”

” Abang dia cakap ” kau gelak dengan diri sendiri, bukan kami yang gelak”.. comel hahaha amboii amir.. sampai lap air mata kakak tu kan.. ”

” Unuk.. bila buka mulut bercakap je..suka dgr bahasa baku dia. haha dia gelak ja dh buat org nang1s. kelakar amir ni.. ”

” Kami sentiasa mendoakan cikgu dan amir khususnya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.. Lawak jugak amir ni.. happy dia skrg.. ”

” Seronok tengok kegembiraan di wajah Amir. Setiap rabu pergi umah kakak tgok astro semata2 nk tgok amir klu xsempat tgok tt jela.. ”

” Orang nang1s dia boleh gelak.. amboi kite sedih taw dgr kmu nyanyi.. dia xthu ke sbbkn dia la satu mlysia nangis sampai ke indo trut skli nangis.. ”

” Dia mcm tak taw sje dah popular, amir oh amir.. hahaha betapa ramai yg nakkan mcm amir dpt skrg nie.. tp adik amir ttp steady sje.. ”

Aduhai Amir, orang lain dengar nyanyian Amir tu boleh mengalir air mata. Amir boleh pula tengok sambil gelakkan diri sendiri. Tulus betul Amir ni, manalah semua orang tak jatuh hati pada Amir. Semoga Amir terus mencapai kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT