Connect with us

Artis / Selebriti

” Selamba jer Nabil main seluk-seluk, suspen Tok Ram.. ” – Netizen

Sahut Cabaran Dato’ Awie, Gelagat Nabil Ahmad Nak Pinjam Duit RM100 Daripada Dato’ Ramli MS Ketika Live Gegar Vaganza Buat Ramai Terhibur. Amboi Nabil, Selamba Je Dia C1um Tok Ram. Nabil Je Berani Buat Tok Ram Macam Tu, Haha !!

Pada ketika ini lagu Nur Nilam Sari yang diubah lirik kepada ‘Pinjam 100 Nur Nilam Sari’ sedang viral. Baru-baru ini pula, penyanyi asalnya Dato’ Awie telah memberikan cabaran kepada Nabil Ahmad untuk meminjam wang berjumlah RM100 daripada Dato’ Ramli MS ketika live Gegar Vaganza. Tanpa disangka Nabil sanggup menyahut cabaran tersebut dan berjaya mendapatkannya.

Menerusi akaun Instagram Era.je, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan sedutan Nabil ketika meminta wang tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Di awal video Tok Ram seperti selalu antara acuh dan tidak acuh sahaja akan permintaan Nabil tu.

Namun apabila Nabil naik semula ke pentas, Dato’ Ramli MS memanggil Nabil yang masih cuba memujuk dan meminta wang tersebut. Tanpa disangka Nabil berjaya dan reaksi Nabil yang secara spontan menc1um pipi Tok Ram membuatkan satu dewan bersorak.

Menurut Tok Ram, jika ingin pinjam duit, dia tidak akan kasi. Tetapi kalau minta, dia akan bagi. Nabil sempat menyambung cabaran ini kepada Pak Azad agar meminta wang RM100 daripada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jom tonton video di bawah :

Video cabaran yang diberikan kepada Nabil :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Nabil c1um tok ram tu mmg nmpk mcm ank ngn bapak.. Aku rasa la PMX sporting je dan mengikuti trending viral semasa. Entah2 GV pun dia tgk jgk so blm cuba blm tahu lagi.. “

” Hg g1la ka apa bil? Apa benda ni wei… pasal hal seratus ni bukan kau dgn radin je ke yg main.. aku kan buat benda lain.. kenape tiba tiba aku kena pinjam seratus pulak.. kat PMX pulak… masa depan aku macam nak gelap ke ni ha.. ” – Pak Azad +

” Patut nabil ckp kpd tokram “pinjam seratus supaya dato ingat sy selalu”.. knpa? Sbb bila sy lupa bayo dato ingatkan.. haha.. “

” Nabil berani yer cabar Azad pinjam duit rm100 kat pmx lain macam ni.. Bonda dnTok Ram perangai masuk air jgk..  tengok gv ni sekarang best sangat .yg part Nabil pinjam duit rm 100 kat tok ram tu memang kelakar .. “

” Geli hati betul tengok nabil ngn tokram macam anak n bapak.. Suka waktu nabil dgn jihan brdua je..ni best.. hihi.. selamber jer nabil main seluk2.. suspen tok ram hahaha.. “

” Patut minta sign dato kat 100 tu.. Padan muko kau nabilzira tah apo2 ehhh tk masal2 yo ha.. memang sewel sekajp tgk si nabil ni smlm.masuk airr.. “

” Assalam uncle awie harini bday saya kbye.. tak boleh blahh.. Nur nilam ramli tu mmg on point laa.. kelakar lah semalam.. “

Memang sangat menghiburkan. Nampaknya Pak Azad pasti tidak senang duduk untuk menyahut cabaran dari Nabil pula. Agak-agaknya Pak Azad sanggup ke menyahut cabaran yang diberikan. Bukan calang-calang orang Pak Azad nak kena minta RM100 ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je, AstroGempaks

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT