Artis / Selebriti
” Ada satu ayat yang saya rasa haa saya salah lah. Saya sedih lah.. ” – Abby Abadi
Video luahan hati Abby Abadi selepas bertemu dengan Norman Hakim mengenai isu anak-anak mereka. Ada satu ayat daripada Norman yang buat Abby terkesan. Sebaknya tengok Abby..
Beberapa hari lalu, tular video yang memaparkan luahan pelakon, Abby Abadi mengenai bekas suaminya, Norman Hakim. Menerusi video itu, banyak yang diluahkan oleh Abby terutamanya adalah pengabaian Norman terhadap nafkah anak-anak mereka.
Gara-gara video Abby tersebut, semalam Norman ada memuatnaik video yang memaparkan telah berjumpa dengan Abby dan mereka akhirnya sudah berbaik. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik aliasofiah, telah dikongsikan video live Abby berkongsi cerita selepas bertemu dengan Norman.
Menurut Abby, Norman mengakui kesalahannya dan Norman pasrah jika Abby masih mahu marahkan dia. Kata Abby lagi, ada beberapa perkara mereka sudah bincangkan ketika bertemu. Abby turut meminta agar semua para peminatnya dapat mendoakan mereka.

Akui Abby, pihaknya juga mempunyai kesalahan dan memohon maaf. Sementara itu, meninjau di akaun Instagram Abby, Abby ada berkongsi luahan serta permohonan maaf kepada semua yang turut terkesan dengan apa yang diluahkannya sebelum ini.
Tonton video di bawah ini :
@aliasofiah
@aliasofiah Replying to @Ezrein
@aliasofiah
@__norainibasre88__ #abbyabadi #normanhakim #memeysuhaiza #artismalaysia #norainibasre #norainibasreteam #norainibasreshop #binafshasweet
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ada yang memberikan kata-kata semangat serta doa buat Abby. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Rasanya Abby da move on tp sbb kes ank dia luka lama bdrh kembali.. Baiknye ko Abby,,masih ckp ex laki baik ya Allahhh.. “
” Bgus juga norman ni. Klu laki lain jgn hrp nak mgaku khilaf dan salah.. Tengoklah org lain mcm RR, shu tu.. Sampai ke sudahh laki buat tak tau.. “
” Ntahlah Abby, minta maaf ni senang sbb guna air liur jer, action tu yg penting, tak tahu berapa lama, jgn lembut hati Abby.. “
” Brp kali Abby disakiti dia tetap kata Norman dan Memey baik.. Mulia hati Abby.. Kalau aku memang tak akan lah, aku bukan jenis lembut.. “
” Abby baik… Cuma bila terlalu baik, org ambil mudah dan abaikan. Semoga abby tenang setenangnya, dimurahkan rezeki selalu.. Amin.. “
” At least norman mmg rasa nak bertanggungjawab wlupun lewat. Tak semua lelaki yg ada rasa tu. Baguslah ada perbincangan. Tak lps tgn gitu je.. Harap Norman buktikan lah.. “
” Contoh wanita yg sabar dan pemaaf.. Sedih dengar luahan Abby.. Semoga Allah permudahkan rezeki.. Amal dan kesihatan yg baik pd Abby.. “
Warganet turut memuji sikap Abby yang dikatakan seorang yang pemaaf dan berhati lembut. Ada yang berharap agar masalah antara Abby dan Norman ini dapat diselesaikan dengan baik serta mendoakan ukhwah antara keluarga ini akan sentiasa terjalin dengan baik.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aliasofiah, IG abbyabadi_112, normanhakim_786
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

