Viral
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
Perkongsian abang kepada arwah Nor Ayuni Maslan (UPSI) mengenai permintaan terakhir Ayuni buat ramai sebak. Tak sangka Ayuni sudah beri hint yang jelas tetapi tidak disedari. Sedihnya, hajat Ayuni tak kesampaian..
Negara masih lagi berduka dengan tragedi nahas bas melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seakan mimpi, peristiwa itu memberi impak kepada seluruh keluarga pelajar yang terkorban. Walaupun sudah beberapa hari insiden terjadi, masih ramai yang menangisi kisah anak-anak yang terpilih ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Yoe Ikhlas7, telah dikongsikan satu video yang memaparkan luahan hati abang kepada salah seorang mangsa nahas, arwah Nor Ayuni Maslan. Abang Ayuni ini memberitahu Ayuni ada meminta satu permintaan yang tidak sempat mereka tunaikan semasa hayat Ayuni.
Tambah abang Ayuni lagi, Ayuni membuat tempahan barang yang diingini 2 hari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha dan sayangnya barang tersebut sampai lambat ke alamat kediaman mereka. Ayuni tidak sempat menggunakan barang yang ditempahnya itu.

Hati abang mana yang tidak sayu apabila kehilangan adik bongsu tersayang. Ayuni bukan sahaja adik tetapi juga seakan ‘ibu’ kepada mereka sekeluarga selepas pemergian ibu kandung mereka. Tuannya sudah tenang di negeri abadi dan kini abangnya sedang menyempurnakan permintaan terakhir Ayuni itu.
Jom tonton video di bawah :
@yoeikhlas7 pemintaan ter akhir adik bongsu sy dia nak semua putih sebelum dia pergi buat selamanya.. dia order 2 hari nak Raya sampai lambat sedikit sebelum dia pergi buat selamanya😭 #nor ayuni bt maslan #alfatihah
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allah dia mcm tahu2 ja dia akan pergi selamanya. semoga arwah Nor Ayuni ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Alfatihah.. “
” Ya Allah mcm tahu ii je dia nk pergi kan. smoga arwah ditempatkan dikalangan org ii beriman.. Syurga firdaus buat arwah Nor Ayuni Bt Maslan.. “
” Yg nk pergi dah merasakan wktu nya .. cuma tk terluah, seperti terkunci .. lps dia dh tkde bru perasan smua kelainan.. “
” Dia mcm tahu je.. tapi mmg org yg dh nk pergi dia dh Tau.. cuma mulut trkunci … semua rahsia Allah.. “
” Ya Allah sedihnya … pemergian adik ayuni sgt dicemburui…. insan yg mulia… berbakti kpd keluarga sgt besar pahalanya…. syurga FIRDAUSi tempatmu dik Ayuni… Aamiin.. “
” Masya Allah, mcm dia tahu nk pergi buat slamanya. apa amalan arwah ye smpai Allah bg syahid akhirat pd dia. moga syurga utk dia. keinsafan utk kita.. “
” Betul2 putih dia pilih.. tanpa ade secalit wrna lgsung..Allah.. subhanallah.. Allahuakbar.. Ya Allah.. Arwah mcm dh dpt rsa dia nk pergi bt Selamanya.. Tenang lah dik di sana.. Al fatihah.. “
Seakan mengetahui dirinya bakal pergi ke negeri abadi, putih itu membawa maksud yang cukup simbolik dengan kematian. Semoga arwah Ayuni tenang di sana dan berbahagia di taman syurga. Buat keluarga Ayuni, tabahkan hati dan terus kuat untuk mengharungi kehidupan tanpa Ayuni di sisi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Yoe Amirul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

