Artis / Selebriti
” Why do you ask Jebat to call you babah ? ” – Fara Fauzana
Ditanya Oleh Fara Fauzana Mengapa Jebat Jayden Memanggil Sharnaaz Ahmad Dengan Panggilan ‘ Babah’, Ini Jawapan Sharnaaz. Oo Baru Tahu, Ini Sebabnya !!
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, ramai yang mengenali si cilik ini. Ada sahaja perkongsian mengenai gelagat Jebat bersama babahnya, Sharnaaz Ahmad di media sosial pasti mencuit hati. Malah Jebat juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.
Terbaru,menerusi akaun Instagram dbilique, telah berkongsi satu video pendek yang memaparkan pengacaranya, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau telah membuat diskusi secara online bersama pelakon Sharnaaz Ahmad yang merupakan artis jemputan dalam rancangan tersebut.
Tajuk yang diborakkan oleh Fafau dan Sharnaaz adalah topik bersempena hari bapa yang bakal tiba tidak lama lagi. Fafau telah bertanyakan satu soalan kepada Sharnaaz iaitu, mengapa Sharnaaz telah memilih panggilan ‘babah’ untuk dipanggil oleh Jebat kepada dirinya.

Sharnaaz telah memberikan jawapan bahawa, panggilan tersebut adalah panggilan orang lama-lama bagi negeri Pulau Pinang. Sempat Sharnaaz berseloroh dalam video tersebut, berkata Jebat hanya mempelajari bahasa Melayu sahaja dan tidak tahu panggilan bahasa Inggeris seperti Daddy.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :
Wah memang unik panggilan babah tu, sebab jarang sekali untuk kita mendengar anak-anak sekarang memanggil panggil seperti itu kepada bapa mereka. Selalunya panggilan seperti ayah, abah, daddy.

Bagi yang mengikuti Sharnaaz di Instagram, pasti tahu Sharnaaz memang sering menggunakan loghat Penang ketika bercakap dalam video-videonya dan untuk rekod, Sharnaaz merupakan anak kelahiran negeri Pulau Pinang.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Dbilique, Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

