Connect with us

Artis / Selebriti

” Walaupun bukan Mummy yang melahirkan you tapi.. ” – Watie Hanifiah

Perkongsian Watie Hanifiah sempena ulangtahun kelahiran Thalita buat ramai tersentuh. Sebak sungguh baca luahan Watie. Respon Thalita dan Shuib pun touching sangat..

Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah sememangnya sangat rapat dengan anak-anak Shuib sejak sebelum mereka mendirikan rumahtangga lagi. Walaupun hanya bergelar ibu tiri, kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan oleh Watie terhadap anak-anak tirinya begitu ikhlas dan menyentuh hati ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan satu ucapan istimewa yang ditulis khas sempena ulangtahun kelahiran Thalita pada hari ini. Luahan penuh kasih sayang daripada Watie itu mengundang sebak di kalangan warganet yang membacanya.

Ramai yang tersentuh melihat hubungan erat antara Watie dan Thalita. Rata-rata memuji keikhlasan Watie dalam menjaga serta menyayangi anak-anak Shuib seperti darah dagingnya sendiri. Malah, ada yang mengakui betapa bertuahnya anak-anak Shuib memiliki seorang ibu tiri yang begitu penyayang dan sentiasa ada buat mereka dalam apa jua keadaan.

Bukan itu sahaja, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian daripada Thalita sendiri serta Shuib Sepahtu di ruangan komen. Shuib turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Watie kerana menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anaknya dan sentiasa melengkapkan kekosongan dalam keluarga mereka.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian ucapan oleh Watie ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kita yang baca pun nangis.. Gini la naluri ibu² kan mummy.. Btw.. Happy Birthday Talita.. Semoga menjadi anak yang solehah buat arwah ibu, mummy n daddy.. “

” Selamat hari lahir dekta moga menjadi kakak yang baik,kakak yang penyayang ,menjadi anak kebangaan momy n dady dan akhir sekali uncle doakan moga dekta terus berjaya dunia dan akhirat Aamiin.. “

” Arwah Ibu mungkin tak sempat jadi saksi Dekta membesar jadi Dekta yang sekarang. But you know what Dekta? You’re such a lucky daughter to have both as your beloved mother. Dua orang ibu yang sangat penyayang, baik & sangat supportive yang sentiasa kedepan untuk anak-anak..  “

” Aku yg baca ni pn menangis.. Nampak Watie sangat2 ikhlas sayangkan anak-anak arwah Sarah.. Selamat hari lahir thalita.. “

” Kita baca nangissss,bertuah nya suib dan anak2 dapat mummy yang tiada tanding kasih sayang nya tak berbelah bagi…Siti Sarah pasti gembira nun disana.. “

” Alamak.. Mata i masyuk habuk.. By the way happy your bornday Thalita. Good healthy,may all your dreams come true ya.. “

” Aamiin. Semoga Watie sentiasa hidup berkasih sayang dengan anak2 Dan suami sampai syurga.. Selamat hari lahir Dekta.. “

Respon Thalita dan Shuib :

Lebih menyentuh hati apabila Shuib mengakui bahawa arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin pasti tersenyum melihat kehadiran Watie dalam kehidupan anak-anak mereka hari ini. Kata-kata itu benar-benar membuatkan ramai sebak dan mendoakan agar hubungan keluarga kecil ini terus dilimpahi kebahagiaan dan kasih sayang hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamwatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak