Connect with us

Artis / Selebriti

” Ustaz merangkap coach bina badan sekali ni, haha.. ” – Netizen

Video Jebat Jayden Berceloteh Seperti Seorang Ustaz Sedang Bagi Tazkirah Di Perkarangan Masjidil Haram Raih Perhatian Ramai. Amboi Jebat Pandai Betul Cakap, Sampai Mak Cik Kat Belakang Tu Pun Tersenyum-Senyum Tengok Gelagat Comel Jebat !!

Beberapa hari lalu, anak pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden telah pun berangkat ke Tanah Suci bersama ibunya, Noornabila. Malah Sharnaaz juga turut berkesempatan menghantar Jebat serta Noornabila di lapangan terbang.

Meninjau di akaun Instagram Jebat Jayden, telah memuatnaik satu video terbaru gelagat Jebat ketika berada di Tanah Suci. Video itu memaparkan Jebat sedang berceloteh. Kedengaran pada awalnya, Jebat berceritakan tentang khasiat minum air zam zam.

Selepas itu, kedengaran seorang wanita telah bertanyakan soalan kepada Jebat adakah wanita boleh bersolat bersama lelaki. Lagak Jebat memjawab soalan wanita tersebut kelihatan seolah dirinya seperti seorang ustaz.

Sehingga kini, video terbaru Jebat telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Jebat, cara cakap tu memang sebijik macam baba lah.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, selain menyukai video Jebat ini, ramai yang memuji Jebat seorang anak yang bijak. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sejuk perut ibu mngandung. Tak pegi sekoyah pun pandai. Lps ni kena pegi sekoyah tau. Msti lg pndai. Dh la ensem.. “

” Ustaz merangkap coach bina badan sekali ni, haha.. Comel lah dengar Jebat bercakap, pandai pula tu jawab soalan.. “

” Masyaallah Jayden cara duduk sejibik pak dia la hahah.. Cuba tengok time pak dia belakon duduk cm gitu hahhaha.. “

” Wahhh.. Betul ke ni Jebat, minum air zamzam muscle kita blh jd keyas keyas.. Nak cuba lahh.. Tq Jebat.. “

” Penat la nk dgr awak abes ckp kedut dahi anti tau tp lucu btl la.. Cerdik betul anak Sharnaaz n Nabila ni.. “

” Pak ustaz.. Kenapa slang mcm ustaz seberang ni… Alohhh comel la pak ustaz niii, ger4m makcik tengok tau.. “

” Semoga Jebat membesar dgn sihat walfiat, menjadi ank yg soleh di dunia dan akhirat, menjadi ank yg beriman, berbakti kpd ke2 org tua.. “

Alahai Jebat, tak pernah tak comel. Semakin banyak cakap sekarang ini. Apa-apa pun semoga Jebat sentiasa dalam keadaan sihat ketika berada di Tanah Suci dan segala urusan Jebat serta keluarga menunaikan ibadah umrah dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jebatjayden, sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT