Connect with us

Artis / Selebriti

” Untungnya badan, Alhamdulillah rezeki pengantin.. ” – Netizen

Video Dato’ Fazley Yaakob Mengotakan Janji Belanja Seorang Pengantin Perempuan Dan Pengapit-Pengapitnya Makan. Wah Bertuahnya Semua, Baik Sungguh Hati Dato’ Fazley !!

Dato’ Fazley Yaakob merupakan seorang artis yang sangat berkaliber dan mempunyai personaliti yang menarik. Bapa kepada empat orang cahaya mata, 3 orang putera dan seorang puteri sering mencuit hati para  peminat dengan posting-posting menarik di akaun Instagram miliknya.

Pada awal bulan Oktober yang lalu, Dato’ Fazley telah berkongsi video bertemu seorang bakal pengantin perempuan dan juga pengapit-pengapitnya sedang bergambar di tepi jalan. Ketika menghampiri mereka dengan menaiki kereta, Dato’ Fazley sempat mengusik dan bertanya ‘ boleh saya ambilkan gambar ? ‘.

Hasil tinjauan terbaru di akaun Instagramnya, Dato’ Fazley berkongsi video mengotakan janjinya untuk belanja mereka. Ramah sungguh Dato’ Fazley melayan mereka siap menghidangkan lauk pauk kepada mereka. Keadaan itu membuatkan mereka selesa, menjamu selera sambil berkongsi cerita.

Dato’ Fazley sempat lagi mengusik pengapit-pengapit pengantin dengan bertanyakan soalan “who’s next” di kapsyen video tersebut.  Perkongsian ini meraih perhatian ramai dan menerima komen yang positif.  Ada antara mereka yang memuji kecantikan pengantin dan teman-temannya.

Jom menonton video Dato’ Fazley bertemu mereka :

https://www.instagram.com/p/CIcgnJ6AbBT/?igshid=10z0xfmdtfba1

Rata-rata mencemb0rui pengantin dan teman-teman pengantin kerana dapat beramah mesra dengan artis kesayangan ramai ini. Lihat saja komen-komen di bawah. Antara komen-komen netizen adalah :

” Untung nye.. badan.. Alhamdulillah…rezeki pengantin.. They all came to ur restaurant utk makan… bestttnye.. Semua sporting. Terbaik.. Untung nya doranggg.. Cantiknya the bride n pengapitnya.. ”

” I was there for lunch just now and saw these ladies not far from my table. Managed to chat with Dato’ fazleyyaakob.  A very nice humble young man. Tq Dato for giving us some good tips on Keto Diet food.. Really love the ambience of your restaurant. Your coffe and teh tarik was really good. Di doakan semoga terus maju.. “

” Weiiii steadyyy syahmiamni.. ext adik saya anamiraaaaa haha bridesmaid yang terlebih excited tu..”

Dato’ Fazley juga mendoakan keharmonian rumah tangga bersama pilihan hati pengantin perempuan dan berharap masjid yang dibina berkekalan sehingga ke anak cucu. Senyuman lebar mereka bagaikan tidak percaya bahawa mereka akan bertemu lagi pada perjumpaan ke-2 ini.

Perjumpaan ini bagaikan satu hadiah istimewa daripada Dato’ Fazley kepada pengantin dan juga teman-teman pengapitnya. Sesiapa sahaja yang bertemu dengan figura kesayangan ramai ini, pastinya akan mengukir senyuman manis ketika berjumpa dengan Dato’ Fazley yang sangat disenangi ramai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazley Yaakob

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT