Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya jual nasi lemak hari ini, seorang-seorang.. ” – Tengku Hassanal Ibrahim Shah

Video Putera Yang Di-Pertuan Agong, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Menjual Nasi Lemak Di Gerai. Wah Anak Raja Yang Humble Dan Berjiwa Rakyat. Laku Keras Lah Nasi Lemak Lepas Ni !!

Putera Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sememangnya sering menjadi tumpuan rakyat jelata. Keperibadiannya dan sikapnya terhadap rakyat mendapat pujian netizen. Jika beberapa hari yang lalu, Tengku Hassanal berkongsi gambar dan mempromosikan air jualan seorang peniaga jalanan, kali ini Tuanku turun padang lagi.

Hasil tinjauan kami di Instagram Tengku Hassanal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Hassanal berada di sebuah gerai yang menjual nasi lemak. Menulis di kapsyennya mengatakan Tengku membuat kerja part time, sempat lagi Tengku berseloroh.

Tengku Hassanal yang cuba menyempurnakan bungkusannya yang menggunakan kertas pembalut itu turut dibantu oleh tuan kedai. Sempat lagi Tengku bergelak ketawa dan bermesra dengan pelanggan, sungguh mesra rakyat Tengku ini sama seperti ayahanda dan ibundanya.

Ini bukanlah kali pertama Tengku Hassanal mencem4r duli sebegini dan sifatnya yang cakna kepada rakyat sudah kelihatan sejak masih kecil lagi. Setiap kali keluar melakukan aktiviti riadah, pasti ada sahaja persinggahan Tengku untuk melihat kehidupan rakyat jelata.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CIk8CEyHkQb/

Aksi Tengku Hassanal membungkus nasi lemak untuk seorang pelanggan ini menarik perhatian netizen. Seronok sahaja Tengku bergelak ketawa dengan pemilik gerai itu. Antara komen-komen mereka :

” Balik nanti frame kak nasi lemak tu , memory berharga ni . akak yg ajar tuanku lipat bungkusan tu , jgn basuh tangan okay hahahaha.. “

” Humble prince Raja Yg berjiwa rakyat. Rakyat akan lebih sayang dgn Tuanku. daulat tuanku.. Kalau macam ni hari-hari saya beli Tuanku. Confirm laku ni. Tak sampai satu hari.. “

” Ampun Tuanku, what a humble prince. You’ve always help those in need and even being a part-timer to support the local. May Allah shower you with blessings. Daulat Tuanku.. “

” Saya jual nasi lemak harini, seorang-seorang hahaha.. taruk nasi lebih sikit ya tuanku yang hensem.. “

” Sayang Tuanku THIS, seorang yg benar2 telus berjiwa rakyat… merasai bagaimana yg dirasai rakyatnya dlm kehidupan.. “

” Hari2 mkn nasi lemak pun takpe.. gurau tuanku… Semuga Tuanku dan keluarga diberi kesihatan yg baik2 dan dirahmati Allah swt…. Aminn.. “

” Alahaiii syoknya, You are so humble and steady. Bertuahnya Malaysia ada putera raja macam ni.. Bertuah lagi yang dapat bungkusan Tuanku bungkus tu.. “

Alahai Tengku Hassanal, memang beruntung sungguh Agong dan Permaisuri ada puteri yang berjiwa rakyat ini. Memang semp0i sahaja tolong bungkus nasi lemak, support bisnes rakyat jelata. Semoga Tengku Hassanal sentiasa di bawah rahmat Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Hassanal Shah, IG Airtangan_tunkuazizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT