Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau macam ni lah staff, yang tak pernah naik gunung pun tiba-tiba naik. Kaki sakit, belakang cerita, haha.. ” – Komen Netizen

Video throwback Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal menyamar sebagai staff di kaunter check point Sayat-Sayat Gunung Kinabalu buat warganet terhibur. Putera raja seorang ni memang sempoi sangat..

Ekpredisi Mahkota Borneo mendaki Gunung Kinabalu telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Ekpedisi ini disertai oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Banyak moment menarik yang dirakamkan oleh lensa media dan ahli kumpulan yang menyertainya sepanjang pendakian tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok jackadventureee, telah dimuatnaik satu video throwback yang memaparkan gelagat Tengku Hassanal ketika sampai di check point terakhir, Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu.

Tengku Hassanal menyamar menjadi staff di situ dan menjaga kaunter check point. Gelagat lucu Tengku itu menghiburkan para pendaki yang turut serta. Putera Raja yang tidak hanya berjiwa rakyat tetapi juga sering merendah diri dan pandai menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekitarnya.

Memetik komen warganet, ramai yang terhibur melihat sikap Tengku Hassanal itu. Ramai juga di kalangan warganet yang mengatakan mereka sanggup mendaki Gunung Kinabalu sekiranya Tengku Hassanal yang menjaga check point tersebut.

Jom tonton video di bawah :

@jackadventureee

Moment lucu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berpura-pura menjadi staff di Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu⛰️ 📸: @J A C K #tengku #tengkuhassanal #ekspedisimahkotaborneogunungkinabalu #mountkinabalu

♬ funny scene song(1294833) – K.Shiraki

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Kalau macamni staff baru.. yang nda pernah naik gunung pun tiba-tiba naik oh. kaki sakit, belakang cerita haha.. “

” Saya pun nak jugak naik gunung. janji bersalam dengan anak raja.. yang penting semangat sebab ada TMP di situ hehe.. “

” Kan bagus kalau semua manusia seperti Tengku Hassanal ni, humble betul. aku pun nk naik klu tengku yg jaga nasib aku duk semenanjung.. “

” Comel sungguh la Tengku Hassanal ni, lucu pun ye.. multi talented ya Tengku semua kerja tengku boleh buat.. “

” Ingat kan adik je nakal, rupanya abang pun nakal.. Daulat Tuanku, beruntung lh bisa jumpa face to face ngan TMP , staff baru.. “

” Ada je gelagat dia, kuat main betul tengku ni. Ceria selalu, muka pun asyik senyum je.. sebab tu babyface tak nampak tua.. “

” Sporting nya Tengku Hassanal ni, humble, sopan, adab tinggi.. perfect lah.. Rajin menyakat betul Tengku ni.. kalau cam ni la staff ni… bertapa terus je la kat kinabalu haha.. “

Tengku Hassanal sememangnya seorang yang lucu dan kelakar. Sekali pun dirinya anak raja, ke mana-mana Tengku pergi pasti adab sopannya yang menjadi pujian orang ramai. Apa-apa pun, semoga Tengku Mahkota Pahang ini sentiasa dalam lindungan Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Jackadventureee  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak