Artis / Selebriti
” So sweet cara Tengku Hassanal menyantuni bondanya tu.. ” – Komen Netizen

Video YAM Tengku Hassanal berjalan berpimpingan tangan bersama ibundanya, Tunku Azizah Aminah Maimunah curi perhatian ramai. Alahai sweetnya Tengku menyantuni Bonda, tak lepas pegang tangan bonda..
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara putera raja Pahang yang selalu mencuri perhatian ramai. Masih berstatus bujang, Tengku Hassanal menjadi kegilaan ramai wanita. Selain wajah yang tampan, Tengku Hassanal memiliki keperibadian yang baik.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fizantingtong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Hassanal mengiringi ibundanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah mencemar duli ke padang MBK 1 untuk bersama rakyat jelata. Ianya turut disertai oleh pengantin baru, Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.
Menerusi video ini, kelihatan Tengku Hassanal memimpin tangan Tunku Azizah sepanjang mereka berjalan. Tengku Hassanal sememangnya selalu begini jika ke mana-mana bersama ibundanya. Cinta hati Tengku Hassanal yang tidak akan dapat diganti dengan siapa pun di dunia ini.
Melihat gelagat Tengku Hassanal dan Tunku Azizah itu, ramai di kalangan warganet yang memberikan pujian terhadap Tengku Mahkota Pahang ini. Sifatnya yang penyayang itu lah salah satu sebab yang membuatkan ramai jatuh hati terhadap Tengku Hassanal. Sudah lah handsome, baik pula budi pekertinya.
Jom tonton video di bawah :
@fizantingtong Ampun Tuanku. Junjung Kasih Tuanku kerana sudi mencemar duli ke Padang MBK 1 bersama rakyat jelata. @Tengku Ampuan Pahang #tengkuampuanpahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” TMP bersama cinta hatinya yang pertama…. alhamdulillah….. anak soleh. yaa Allah kurniakan bidadari yg solehah untuknya yaa Allah … semoga Tengku Hassanal berjodohan ngn wanita solehah aamiin.. “
” Hormat dan adab anak anak sultan pahang pada ibu bapa mereka mmg layak dijadikan contoh. Didikan sultan dan TAP jugak layan diikuti. Hubungan keluarga memang terbaik.. “
” Untung jd permaisuri hati TMP ni.. mcmna dia sayang dan hormat bonda nya, mcm tu juga dia akan buat utk isteri nnt. Ampun Tuanku.. “
” Pasangan paling sweet jatuh pada mama dan tengku hassanal.. Untung dan bertuah tengku masih ada bonda tempat bermanja.. “
” Oiiii handsome laaaa tengku hassanal nii. Aduhhh lemah hati kita ni tengokk.. so sweet cara tengku hassanal menyantuni bondanya tu.. “
” Tengku Hassanal tetap dengan cinta hatinya, bonda tersayang.. so sweet anakanda dan bonda ni.. Tak sabar nak tengok siapa orang yang bertuah dapat mencuri hati tengku hassanal nanti.. “
” Korang bayangkan je nanti macam ni la Tengku jalan dengan isterinya. Tengah visualize lepas ni TMP berpegangan tangan dengan pilihan hati dan datang ke padang MPK macam adinda2 TMP.. “
Tengku Hassanal sememangnya anakanda yang baik dan tinggi adab sopannya, lebih-lebih lagi jika bab menyantuni ayahanda dan bonda. Warganet sudah dapat membayangkan Tengku Hassanal bersama suri hatinya nanti, tentu sweet seperti mana Tengku Hassanal melayani bondanya tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hafizan Aliff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen