Artis / Selebriti
” Kak Lina baru tahu Aisyah merupakan seorang yang kuat. Aisyah merupakan kanser tahap 4.. ” – Elly Mazlein
Video Elly Mazlein mencari peminatnya bernama Aisyah yang menghidapi kanser tahap 4 ketika di Konsert Kilauan Emas buat ramai tersentuh hati. Sebak masa Erra Fazira dan Zul Ariffin berdiri dan semua bagi tepukan semangat untuk Aisyah..
Meninjau ke akaun Instagram era.je, perkongsian dua buah video yang memaparkan mengenai seorang wanita bernama Aisyah telah meraih perhatian ramai. Aisyah merupakan seorang pesakit kanser payudara tahap 4 dan kisahnya pernah tular dan mendapat perhatian ramai.
Aisyah juga merupakan salah seorang peminat Elly Mazlein dan pihak Era telah menunaikan hasrat Aisyah dengan membuat panggilan telefon bersama Elly. Menerusi perbualan telefon tersebut, Elly sempat menitipkan kata-kata semangat buat Aisyah.
Ketika program Kilauan Emas yang berlangsung semalam, Aisyah telah hadir untuk bertemu Elly Mazlein. Elly sememangnya tidak menghampakan impian Aisyah dengan mencari sendiri di manakah kedudukan Aisyah di dalam dewan tersebut.

Ramai mula bersorak apabila Aisyah memunculkan dirinya. Elly sememangnya seorang yang berjiwa murni dan sekali lagi memberikan kata-kata semangat buat Aisyah. Kelihatan Erra Fazira, Zul Ariffin dan beberapa orang lagi berdiri. Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesembuhan Aisyah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” MasyaAllah kuat semangat ye dik.. Kita pun peminat no Syatu Kak Lina.. sabar dik.. Aamiin..semoga cpt semboh ye dikk.. “
” Allah uji adik Aisyah sbb adik kuat! Insya’Allah adik boleh lawan sakit adik… semoga diberikan keajaiban dan kesembuhan! Kuatkan semangat dan teruslah bertahan dan berlawan.. “
” Sentiasa tersenyum…salute perjuangannya melawan cancer.. Mcm tk sakit je…awak mmg kuat dik..semoga awak cpt semboh ye dikk.. “
” Semoga awk kuat melawan sakit awk dik.. Bigger smile, strongnya awak doakan kami sekuat awak dikk dibalik tempuhi segala ujian .. “
” Selalunya org yg sentiasa positif ni….dia boleh bertahan…suka tengok aisyah sentiasa senyum… MasyaAllah….moga anak saya pon setabah aisyah.. “
” Semoga aisyah cepat sembuh.. dalam situasi sedih begini..kena ada orang mcm Joey..kalau tidak masing masing akan larut dalam kesedihan.. “
” Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran yang bepanjangan buat Aisyah serta syifa kesembuhan sepenuhnya buat Aisyah.. “
Kami di Berita Kopak turut mendoakan agar Aisyah segera sembuh daripada penyakitnya. Semoga ada keajaiban yang dapat menyembuhkan sakit kanser yang dihidapi oleh Aisyah ini dan Aisyah terus tabah serta kuat melawan sakitnya ini. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

