Artis / Selebriti
” Dia telan keset ke tu, suara mantap macam dulu woo.. ” – Komen Netizen

Video penyanyi popular era 90an, Ruhil Amani di Kilauan Emas 2024 menyanyi lagu Kawan raih perhatian ramai. Fuh power lah suara Ruhil. Dah berpuluh tahun berlalu pun, suara tetap maintain. Lagu legend ni, terubat rindu peminat. Part tarik tu, meremang dengar..
Bagi yang membesar di era 90-an, pastinya mengenali dengan nama penyanyi yang bernama Ruhil Amani. Ruhil popular dengan lagu berjudul ‘ Kawan ‘ dan lagu ini sering kedengaran di corong-corong radio pada ketika itu. Malah sehingga kini juga, lagu ‘ Kawan ‘ ini masih menjadi lagu kesukaan ramai.
Sekian lama Ruhil menyepi dan hilang dari radar peminat, Ruhil membuat penampilan khas di rancangan realiti Kilauan Emas 2024. Meninjau entry di akaun Tiktok Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ruhil membuat persembahan semalam.
Ruhil menyanyikan kembali lagu ‘Kawan’ untuk tontonan semua penonton dan ianya mendapat tepukan serta sorakan daripada penonton. Rindunya warganet dengan suara Ruhil, penampilan Ruhil dan suaranya masih sama seperti dahulu sehinggakan dikatakan seperti ‘menelan kaset’.
Tidak puas warganet mendengar suara Ruhil itu, merdu dan lunak serta sedap didengar. Ruhil juga nampak begitu bertenaga dan gembira dapat bertemu mata dengan ramai peminatnya. Tentu ramai yang gembira sekiranya Ruhil membuat comeback dalam industri, mungkin dengan satu single baru sebagai permulaan.
Jom tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial Dah lama tak tengok Ruhil Amani perform. Bila mula sahaja nyanyi, memang betul telan keset. Lagu ‘Kawan’ ni memang legend. #MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas2024
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dia pun serupa pun tak de perubahan.. tak luntur ditelan zaman.. TERBAIK Ruhil suara tetap merdu spt dulu dan masih comeyyy.. “
” Fuh Ruhil doh, lagenda ni.. Meleleh dengar suara ruhil.. lagu kawan tahun 1988, masa ni usia Ruhil 13 tahun.. suka sangat lagu ni.. “
” Time lagu ni, aq jatuh cinta kat Ruhil.. tp tak kesampaian .. cinta budak skolah.. tp sampai skrg tak pernah jumpa.. “
” Best lagi suara Ruhil, sama macam dulu-dulu.. 52 dah umur Saya macam masih di bangku sekolah dengar lagu ni memang padu Ruhil suara tak berubah.. “
” Lama tak nampak ruhil, tak nampak berubah sgat… teringat zaman remaja pulak.. suara dia mantap.. rindunya… mmg suka lagu kawan zaman sklh dulu.. “
” 41 dah aku.. dengar balik lagu ni rasa balik zaman umur 14 tahun.. kenangan btul ni lagu rindu kawan time sekolah.. terkenang memori lama waktu zaman persekolahan dulu.. “
” Waaa maintain cantik, awet muda. suara pun baik, muda. dia telan kaset ke tu, suara mantap macam Dulu woO.. penampilan package la Ruhil.. “
Tidak berubah suara Ruhil, tetap merdu sama seperti dahulu. Melihat kembali Ruhil di pentas menyanyikan lagu itu, ramai yang terkenangkan zaman persekolahan. Lagu lagend yang menjadi siulan ramai anak muda suatu ketika dahulu. Ruhil juga yang maintain awet muda.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar