Artis / Selebriti
” Another sisi of vocal Aina Abdul, lemak merdu mendayu. Terkesima dengar paduan suara dorang.. ” – Komen Netizen

Video Aina Abdul dan Amir Masdi menyanyi lagu klasik sempena tribute Tan Sri P. Ramlee dan Saloma di Anugerah Seri Angkasa 2024. Wah sedap sungguh, terbuai-buai dibuatnya. Bukan semua orang boleh menyanyi lagu klasik sebagus ni. Lenggok tu yang mahal..
Anugerah Seri Angkasa 2024 telah pun berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Selain upacara penyampaian anugerah untuk pemenang, ianya turut diselangi dengan persembahan daripada artis tanahair antaranya Aina Abdul dan Amir Masdi.
2 penyanyi hebat ini ditugaskan untuk menyanyikan 2 lagu klasik khas berjudul Malam Ku Bermimpi dan Gelora. Ini bersempena tribute untuk allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan allahyarhamah Saloma. Meninjau perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan video nyanyian Aina dan Amir itu.
Gandingan yang hebat dan saling melengkapi antara satu sama lain, ramai yang sukakan paduan suara Aina dan Amir. Lenggok nyanyian Aina tersendiri dan siapa sangka, Aina boleh menyanyikan lagu klasik dengan cukup baik. Amir juga tidak saling hebatnya. Dari selalu menyanyi rentak rock, sesekali membawa rentak klasik begini tetap merdu suaranya.
Tidak jemu warganet mendengar suara Aina dan Amir, malah ramai yang mengatakan berulang kali menonton video tersebut kerana terbuai dengan lenggok suara mereka berdua. Warganet juga memberi cadangan agar Aina dan Amir membuat lagu duet bersama selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Another sisi of vokal Aina Abdul, lemak merdu mendayu. memang padanlah Amir Masdi x Aina ni. suara dorang ngam berdua.. “
” High note boleh, mendayu boleh, sopan boleh, naik sheikh boleh, merentan boleh. Versatile Thats our lovely, Aina Abdul.. “
” Terbaik penyampaian lagu dari Aina dan Amir masdi. merdu betul suara dia orang berdua. tak puas dengar. berkali-kali dengar dah macam suara penyanyi asal.. “
” Bukan kaleng2 artis ya yang terpilih untuk menyanyikan lagu tribute untuk lagenda. Aina Abdul sedang mengikut jejak langkah.. Tahniah Aina. Fly high.. “
” Sedapnya, rock amir masdi ngamm dgn merdu aina.. dua2 merdu.. boleh try duet ni.. Sedap gila alunan mereka berdua..”
” Dua dua sedap. Membuai-buai je dengar.. sedapnya dua2 penyanyi ni bila bergandingan suara.. Power duo.. Terkesima nengok paduan sore depa berdua hadoii best giller mendayu wooo ngammm surrrr.. “
” Lovely duet.. low note Amir hebat.. Penyanyi rockers paling comel setakat ni.. amir.masdi love your voice.. Bila high pitch singer bwk lagu lownote.. versatile betul la.. “
Paduan suara yang balance dan sangat merdu. Bukan perkara mudah untuk mengekalkan kemerduan suara pada low note. Aina dan Amir mencipta satu kenangan manis bersama. Tidak mustahil, duo hebat ini boleh muncul dengan single duet klasik bersama suatu hari nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Daxvilo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah