Artis / Selebriti
” Terkejut aku dengar lagu macam ni, Kak Lina pompom memang menghiburkan.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Zul Ariffin dan peserta Kilauan Emas, Ina buat ramai terhibur. Eh Kak Lina, nak menyanyi ke nak meneran ni. Lain macam betul lagu Birthday versi Kak Lina. Dengan penonton sekali suruh menyanyi macam tu, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan dan Sinar, perkongsian video yang memaparkan Elly Mazlein menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Zul Ariffin dan peserta Kilauan Emas, Ina telah membuatkan ramai terhibur.
Elly menyanyikan lagu ini bersempena ulangtahun kelahiran mereka berdua dan pastinya ini merupakan kali pertama buat Ina diraikan hari lahirnya di kaca televisyen. Apa yang menarik ialah cara Elly menyampaikan lagu tersebut dalam versi berbeza.
Elly menekankan suaranya setiap kali menyebut perkataan ‘ Happy ‘. Rare sungguh lagu hari lahir versi Elly ini sehinggakan Elly memaksa para peminat Zul Ariffin menyanyikan lagu tersebut dalam versi yang sama. Habis satu dewan terpaksa menyanyi dengan cara meneran, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada sahaja kelainan yang dibawakan oleh Elly walaupun secara live. Boleh jadi trend lagu Happy Birthday versi Elly ini, haha.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan komen dengan emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen :
” Kak lina tetap no syatu… Gelagatnya menghiburkan.. mlm tadi sambut besday zul arifin n kak gie(peserta) , smua angkara suraya….hahaahah.. “
” Suka kalau dengar zul ariffin gelak, meme xcover hehe. lina pompom memang menghiburkan.. terkejut aku dgr lagu cmni.. “
” HAHAHAA Trigt dia buat Live org suruh ckp kekuat skit tak dga, dia ckp Oke dengarrrr Ke TAKKKKKK !! nekan gni la kekdahnye.. “
Sekadar info, Elly Mazlein merupakan host rancangan Kilauan Emas untuk 2024 dan semalam merupakan konsert untuk semi final. Enam peserta layak ke konsert final yang berlangsung pada minggu hadapan yang mana peserta bernama Atie telah pun tersingkir pada minggu ini.

Zul Ariffin telah hadir semalam untuk menonton konsert semi final Kilauan Emas dan kebetulan hari lahirnya jatuh pada 25 Oktober iaitu sehari sebelumnya. Buat julung kalinya Elly menyanyikan lagu Happy Birthday dalam program siaran langsung.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Sinarmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira

