Artis / Selebriti
” Aduh sedih pula tengok Tok Ram tak berhenti c1um anak. Berat betul nak berpisah tu.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Ramli MS tidak berhenti-henti menc1um anaknya, Nur Izzara sebelum berlepas ke Europe buat ramai tersentuh. Alahai nampak macam berat hati sangat Tok Ram nak tinggal anak kesayangannya itu..
Umum mengetahui beberapa bulan lalu Datin Alyah telah mengumumkan bahawa dirinya dan suami, Dato’ Ramli MS telah mengambil seorang bayi perempuan untuk dijadikan sebagai anak mereka. Memilih nama Nur Izzara, si kecil tersebut dijaga penuh kasih sayang oleh pasangan ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah menghantar Dato’ Ramli atau mesra dengan panggilan Tok Ram di lapangan terbang untuk berlepas ke Europe. Tulis Datin Alyah, mereka berada di lapangan terbang seawal pukul 4.30 pagi lagi.
Menerusi video itu, kelihatan Β Tok Ram yang sedang mendukung Zara dan tidak berhenti-henti mencium pipi Zara sebelum berlepas ke Europe. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang rasa tersentuh hati melihat Tok Ram seolah-olah berat untuk berpisah dengan Zara.
Selain itu, ada juga yang menyifatkan Tok Ram seorang ayah yang sangat penyayang dan semestinya Zara adalah anak manja Tok Ram. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Datin Alyah ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Datin Alyah dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduh sedih pula tengok Tok Ram tak berhenti cium anak, berat betul nak berpisah tu.. Tapi kan, tengok Tok Ram memang seorang ayah yang penyayang.. “
” Makin lama muka Zara dah macam Tok Ram i tengok.. Zara mesti anak manja intan payung daddy ni.. Hehehe geram betul tengok Zara comel.. “
” Tengok tok ram mcm penyayang sgt..tapi bila kerja mak serius gileee.. Terbaiklah tok RAM.. Semoga sehat selalu bersama keluarga.. “
” Suka tgk tok ram ngan anaknya, cam, βmy life dah complete semua ada, now i can focus fully pada my little princess β kalau tgk cara dia kelek dak tu. semua benda mmg diatur cantik ja olehNya.. “
” Alolooooo seriusss mcm daddy dia laaa.. Cuteee sgtsgttt nih.. Daddy mesti rindu sangat Zara nanti.. Mesti tak sabar nk balik jmp zara.. “
” Manja betul dia dengan daddy.. Selalu orang cakap anak perempuan ni memang akan manja sangat dengan ayah.. Semoga Zara jadi anak yang penyejuk hati mummy dan daddy.. “
” Rindu giler lah daddy nanti dengan Zara.. Best kan bau baby.. Bau tu ler yang akan buatkan bertambah rindu.. Cute lah Zara sekarang.. Dah copy paste tokram.. “
Kehadiran Zara dalam hidup Tok Ram dan Datin Alyah membawa seribu cahaya. Ramai yang tumpang gembira melihat keluarga kecil ini yang semakin bahagia sekarang. Apa-apa pun, didoakan semoga Zara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Tok Ram serta Datin Alyah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen