Artis / Selebriti
” Berlari terkedek-kedek nak pegang daddy. Geram ek, comel je.. ” – Komen Netizen
Video Nur Izzara berlari terkedek-kedek mengejar daddynya, Dato’ Ramli MS buat ramai terhibur. Alahai, manja betul Zara pimpin tangan daddy. Daddy pun bukan main laju berjalan. Jenuh Zara nak kejar, hehe..
Momen sederhana tapi penuh makna, itulah yang jelas terpancar dalam hubungan antara Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram bersama anak kesayangannya, Nur Izarra atau Zara. Video kompilasi bonding time mereka ada dikongsikan di akaun Tiktok Randomposts.
Setiap langkah kecil yang diambil sambil berpegangan tangan menjadi bukti betapa eratnya ikatan kasih antara seorang ayah dan anak. Jika diperhatikan, Zara kelihatan begitu gembira setiap kali dapat berjalan beriringan dengan “Dadda” tersayang.
Walaupun dikenali sebagai figura tegas dalam dunia muzik, sisi lembutnya sebagai seorang ayah terserlah setiap kali bersama Zara. Tanpa perlu kata-kata, cukup dengan genggaman tangan, itu sudah cukup untuk menceritakan segalanya tentang kasih seorang ayah.

Lebih manis, Zara kini sedang menghitung hari menjelang ulangtahun kedua pada 20 April 2026 nanti. Pastinya sambutan kali ini bakal menjadi lebih istimewa dengan kenangan-kenangan indah yang terus tercipta dari hari ke hari.
Jom tonton video di bawah :
@random_post153 Zara & Daddy bonding time .Kalau noticed , Zara happy betul kalau boleh jalan pegang tangan mcm ni dengan Dadda dia 😁 . Countdown to Izzara’s 2nd birthday ~ 20 April 2026 ❤️❤️ #TokRam #RamliMs #DatinAlyah #Alyah #NurIzzara
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Daddy nya pun…laju beno jalan….Zara dah macam belari di buat nya… adoi tokram, alaaa datin dah ada pesaing sweet plak tu gn datuk siap pinpin tgn lagi haa.. “
” Langkah tok ram beso, zara mmg kene berlari kalau nk catch up tok ram. Selangkah tok ram, 4 langkah zara so mmg dia kene berlari.. “
” Tok Ram pergi shopping pakai kain pelikat aja. besarrr dahh .. n comelll sgt.. semoga sihat2 selalu..amiiiin.. comelnyaa dia lari cm gitu.. “
” Anak bapak sangat. pegang tangan daddy je.. walaupun org berada ni keluar shopping simple,tp kualiti,harga,jenis kain diambil pakai.. “
” Dari baby memang dia lg rapat dgn Daddy drp Mummy .Datin Alyah ckp. Tok Ram dan kain pelikat nye tk blh dipisahkan.. “
” MasyaAllah. Comelnya Zara ni. memantul mantul dak tecikkk ni jln.. tkedek2 nk pgg tgn daddy tu.. pandai betol!comel.. “
” Ee pok kang lari trkedek2 mcm gitu geram ek comel je, org kalu ada aura tetap hensem walaupun pakai kain pelekat baju pagoda.. “
Momen kecil seperti berjalan sambil berpegangan tangan inilah yang akan kekal dalam ingatan menjadi cerita indah apabila Zara membesar nanti. Semoga hubungan antara Tok Ram dan Zara terus dipenuhi kasih sayang dan ulangtahun kedua Zara kali ini menjadi satu lagi kenangan manis buat mereka sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Random post
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

