Artis / Selebriti
” Ini adalah hadiah tunang Bella daripada kami 3 Pagi Era dan juga YB Syed Saddiq.. ” – Radin Era
Video Bella Astillah terkejut Afgan muncul sebagai hadiah kejutan pertunangan daripada YB Syed Saddiq buat ramai terhibur. Wah sweetnya YB Saddiq. Bukan kaleng-kaleng hadiah Encik Tunang Bella bagi ni, memang impian Bella..
Beberapa minggu sudah berlalu sejak Bella Astillah dan YB Syed Saddiq mengikat tali pertunangan. Dari rakan sekerja bertukar kepada tunang, ramai yang mendoakan agar pasangan ini segera melangkah ke alam perkahwinan. Sehingga ke hari ini juga, sama ada Bella mahu pun YB Saddiq belum memaklumkan tarikh pernikahan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella menerima satu kejutan daripada YB Saddiq sempena pertunangan mereka. Ianya juga hasil kerjasama daripada rakan penyampai Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad.
Sejak dari dulu lagi, Bella mengidolakan penyanyi negara jiran, Afgan. Perkara ini juga diketahui oleh YB Saddiq. Menyedari Bella amat meminati Afgan, YB Saddiq berpakat bersama geng 3 Pagi Era untuk membawakan Afgan ke studio Era sebagai kejutan untuk Bella.

Reaksi Bella ketika melihat Afgan masuk ke konti Era membuatkan warganet terhibur. Bella sendiri tidak menyangka ianya pakatan Encik Tunang tersayang bersama 3PE. Seronok Bella dapat bertemu mata dan berduet bersama penyanyi kegemarannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Woww bestnyaa hadiah tunang bella dari 3PE dan Yb syed saddiq tpi cuma blh dilihat ya sdh jadi tunangan org ni.. “
” Ni bukan hadiah, ni dugaan bertunang ni haha.. Ini baru afgan cuba bayangkan kalau lee min ho yg dtg… Aiyoooo.. “
” Dalam hati mcmne nk react depan ade camera , kang tunang & family nampak ..Crush kott haha.. “
” YB syedsaddiq tengok Bella ni hahahahaha….. masalahnya i pun blushing kalau afgan__ ketemu guweyyy hahaha.. “
” Malu2 Bella klu ikutkan memang dia dh salam dh afghan tp dia pandai jaga diri alhamdulillah.. “
” Klu sy, pengsan dekat situ hahahaha jaga2 Bella kang YB berdesup sampai situ hahah.. Misi yb tu ..msti temukan favorite artis Bella utk Bella….x mustahil lee min ho pun akan dpt temukan.. “
” Woaaaah. Best nya hadiah tunang untuk bella.. Tahniah Bella, akhirnya impian bella tercapai nak bertemu dengan afgan.. baguslah yb, dia cuba jugak realisasikan impian Bella.. “
Ini baru hadiah tunang Bella, belum lagi hadiah kahwin. Agaknya apa lah hadiah istimewa YB Saddiq untuk si pemilik hati apabila mereka berkahwin nanti. Apa-apa pun, tumpang gembira warganet melihat Bella dapat bertemu Afgan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

