Artis / Selebriti
” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
Video anak Mawi, Cahaya Malaika pecahkan rahsia abinya takut bini buat ramai terhibur. Berdekah Mawi gelak, tak sangka Cahaya respon begitu. Macam tu je Cahaya kantoikan Mawi, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Mawi, telah dikongsikan satu sedutan video siaran langsung bersama anaknya, Cahaya Malaika. Menerusi video tersebut, Mawi dilihat berinteraksi santai sambil melayan pelbagai komen daripada warganet yang mengikuti siaran tersebut.
Dalam sesi live itu, muncul komen daripada warganet yang menyakat Mawi dengan mengatakan bahawa Mawi sebenarnya takut kepada isterinya, Ekin. Usikan tersebut mencuri perhatian ramai dan menambahkan lagi suasana ceria dalam live berkenaan.
Namun begitu, apa yang lebih mencuit hati adalah apabila Mawi secara spontan bertanya kepada Cahaya sama ada dirinya benar-benar takut kepada isterinya. Soalan yang diajukan itu dilihat sekadar gurauan, namun reaksi anaknya mencuri tumpuan ramai.

Dengan pantas dan tanpa ragu-ragu, Cahaya menjawab bahawa bapanya itu memang takut kepada isteri. Jawapan jujur tersebut membuatkan Mawi sendiri tidak dapat menahan ketawa, malah terus berdekah ketawa mendengar pengakuan anaknya itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahaha adoih Cahaya, macam tu je dia kantoikan abi dia, haha.. Sama muka dgn abinya, cantik betul.. “
” SubhanAllah cantik Cahaya ni.. Actually husband saya pun “takut” dgn saya hahahaha.. Tp dia kata sbb sayang.. Semua lelaki sama je jawapan eh.. “
” Sbb Mawi ‘takot’ bini laaa dia maintain hingga skrg…wpun mcm2 keadaan di luar sana…. sbb Ekin tu cerdik kaaan.. Mawi… “
” Cahaya ni muka dia nampak pendiam.. Tp dgr suara dia je dh tau dia jenis yg best kalau buat kawan.. Mmm kdg bkn papa awk tu takot mama awk tu cahaya, cumanya demi menjaga hati & malas gado sebenarnya, haha.. “
” Mawi tak takut bini, tapi ekin tak takut mawi. Apa boleh buat bro, haha.. Lain kali rehearsal dulu wi sebelum live.. “
” Dia bkn takut bini, bini yg tak takut dia, haha.. Gurau²…. Saya nampak dari dulu mawi hormat ekin dan ekin pun hormat Mawi.. “
” Takpe jujur itu penting, haha.. Masyaallah… Comelnye awk Cahaya, semoga membsr dgn baik & menjd ank yg soleh buat ibu & ayah ya. aamiin.. “
Dengan nada berseloroh, Mawi mengakui bahawa dirinya telah ‘kantoi’ di hadapan peminat. Gelagat spontan anak-beranak ini bukan sahaja menghiburkan, malah turut membuatkan ramai warganet terhibur dengan keletah mereka yang penuh kejujuran dan kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG cahayaasmawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen

