Artis / Selebriti
” Sebab tu orang kata muka ganas dalam hati ada taman tau. Tengok lah cara dia layan anak.. ” – Komen Netizen

Video cara Dato’ Ramli MS melayani anaknya, Nur Izzara di rumah raih perhatian ramai. Alahai manja sungguh Zara dengan daddy. Comel je Zara tersengih-sengih macam tu. Walaupun mengantuk, Tok Ram tetap layan Zara..
Umum mengetahui yang Datin Alyah dan suaminya, Dato’ Ramli M.S telah mengambil seorang bayi yang baru lahir menjadi anak angkat mereka. Memilih nama permata hati mereka sebagai Nur Izzara, Datin Alyah sering berkongsi video gelagat Zara di akaun media sosial miliknya.
Terbaru, Datin Alyah ada memuatnaik video yang memaparkan gelagat Zara ketika bersama Tok Ram di rumah. Menerusi video itu, Zara sedang berada di pangkuan Tok Ram yang sedang tertidur di atas kerusi. Tulis Datin Alyah, Tok Ram sedang ‘bersidai’ di bawah matahari bersama Zara.
Namun, apa yang menarik adalah gelagat comel Zara ketika berada di samping daddynya itu. Dilihat Zara sedang meneliti wajah Tok Ram dan sesekali, Tok Ram memeluk dan mencium Zara. Zara pun kelihatan begitu manja sekali dengan Tok Ram.
Perkongsian video ini meraih perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Tok Ram seorang ayah yang penyayang dan suka melihat layanan Tok Ram terhadap Zara serta gelagat Zara ketika bersama daddynya. Betul lah orang kata, cinta hati seorang anak perempuan adalah ayahnya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Tok Ram bersama Zara dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Auto jadi sweet Tok Ram bila dengan Zara.. Boleh pulak ya dia duduk senyap2 .Kalau Mummy dukung, tak duduk diam.. Cute lah Zara.. “
” Tok Ram ni penyayang org nye. Btw morning sun is good.. Makin besar makin comel dan montel Baby Zara ni.. Kita tengok pun geram.. “
” Zara tgh meneliti muka daddy dia.. Daddy cinta pertama anak perempuan Daddy, mummy also.. Semoga Zara jadi anak yang solehah buat daddy n mummy dia.. “
” Kecik2 pandai massage muka dady dh Zara ye. Ni mesti nak bodek mainan baru ni. Anak pompuan tahu sangat lah. Daddy pun mesti cair dengan anak, hehehe.. “
” Tok Ram ok je cme mse kje tegas kne la ada… Sbb tu org kbr muka ganas dlm hti ada taman tau.. Tengok lah cara dia layan anak, sweet je tengok.. “
” Manjanya dgn daddy dia.. Anak daddy sungguhlah… Suka lah sesngt 2 hati melekat je mcm tu… Semoga membesar dgn sihat baby Zara.. “
” Kemain menyengih lg daddy Girl ni ya.. Pengikat lg kasih sayang dan cinta Tok Ram dan Datin Alyah. Semoga bahagia selalu keluarga kecil ini.. “
Zara kelihatan sering tersenyum ketika ada bersama Tok Ram. Jelas kelihatan Zara sangat selesa berada di samping daddynya itu. Cepat betul masa berlalu, Zara sudah semakin membesar dan sangat comel. Semoga Zara terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah buat Tok Ram dan Datin Alyah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin