Artis / Selebriti
” Biarlah orang nak kata Daddy Zara ni dah tua, ada yang kata Zara ni sepatutnya.. ” – Datin Alyah

Posting terbaru Datin Alyah mengenai anaknya, Nur Izzara raih perhatian ramai. Alahai, sampai macam tu sekali orang cakap kat daddy Zara, kesian Tok Ram..
Meninjau ke akaun Instagram Datin Alyah, posting terbaru Alyah telah meraih perhatian ramai. Alyah meluahkan rasa kecewanya apabila ada yang mengeluarkan kata-kata negatif terutamanya kepada Dato’ Ramli MS kerana mengambil Nur Izzara atau Zara sebagai anak angkat.
Ini kerana usia Tok Ram yang sudah melebihi 60 tahun dan tidak sesuai untuk menjaga anak yang masih kecil. Ada yang menyatakan usia Tok Ram ini sepatutnya menimang cucu, bukanlah menimang anak. Ada sahaja kata-kata tidak elok daripada netizen.
Menurut Alyah, dia tidak kisah dengan kata-kata negatif oleh netizen dan apa yang penting Zara mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua ibu bapanya ini. Alyah juga berterima kasih buat netizen yang tetap mendoakan yang baik-baik untuk Zara.
Perkongsian ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kehadiran Zara dalam kehidupan Alyah dan suami menambahkan kebahagiaan dalam kehidupan rumahtangga mereka. Alyah juga sering berkongsi mengenai Zara di media sosial.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan positif buat Alyah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Diaorang jealous sebab takde Daddy ahli muzik & Mummy penyanyi tu .Semoga Zara membesar dengan sihat ,cerdik lagi solehah dalam limpahan kasih sayang Mummy Daddy .. “
” Abaikan komen2 toxic,kurang kasih sayang mak cik Pak cik Tu.. Anak ada lah anugerah Allah rezek ni girl, tak kisah lah apa orang nak kata let them ya.. “
” Pahala bagi kita kalau depa kata yg tak baik ya so you and husband be happy diam tak bermakna kita kalah Allah yg mama tahu segala nya, Selamat Tahun Baru girl semoga di berkati Allah selalu Aamin.. “
” Diorang tu tak tahu asbab ada Zara ni la jadi penguat kasih sayang mummy daddy.. ceriakan hidup mummy daddy, setiap hari bersemangat mana tak nya mata saya bulat comel, cute dengan baju macam² mummy soping eh.. “
” Nikmat mana yang lagi nak didustai.. Allah bagi banyak bahagia dari acik² mulut ongkang tu . Takpe, pedulikan je mereka. Yang pasti Zara comel sangat, Mummy lawa sangat, Daddy cool sangat.. “
” Semoga Zara membesar dgn sihat , Semoga mommy dan daddy Zara juga di kurniakan kesihatan yg baik dan dapat melihat Zara membesar dgn jayanya .. “
” Akak dgn suami beza 18thn..masa dpt Anak sulong 16thn lps,kwn2 dia perli dia..dpt cucu ke? X Baik org ckp mcm tu.. “
Mulut orang sememangnya tidak boleh ditutup dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Diharap Alyah mengabaikan sahaja kata-kata negatif daripada netizen. Apa yang penting, kehidupan Alyah kini semakin bahagia dengan kehadiran Zara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen