Artis / Selebriti
” Goosebump dengar suara tanpa muzik Nadeera ni. Ni baru penyanyi, perfect vokal.. ” – Komen Netizen

Video suara Nadeera Zaini menyanyi lagu Hindustan, Mere Mehbooba apabila muzik dihilangkan buat ramai kagum. Fuh meremang dengar suara Nadeera menyanyi lagu ni. Lenggok tu macam penyanyi Hindustan original..
Bintang sedang meningkat naik, Nadeera Zaini semakin mendapat tempat di hati peminat. Nadeera yang memiliki suara lunak dan merdu ini berjaya menambat hati pendengar dengan suaranya itu. Bahkan Nadeera juga antara yang menjadi sebutan ketika membuat persembahan di negara jiran Indonesia bulan lalu.
Meninjau entry di akaun Instagram Rocket Fuelent, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian live Nadeera di rancangan Hiburan Minggu Ini 2024. Nadeera mempersembahkan lagu hindustan berjudul Mere Mehbooba, dendangan asal Alka Yagnik dan Kumar Sanu.
Lagu ini memang popular dan salah satu lagu siulan ramai dalam filem Pardes. Mendengar Nadeera menyanyi membuatkan ramai yang rasa terbuai-buai. Suara Nadeera dan lenggoknya itu sangat mantap dan dikatakan seakan suara penyanyi asal lagu ini.
Nadeera antara bakat yang diakui oleh biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza bakal gah di persada seni. Lihat sahaja persembahan Nadeera ini, sekali pun tanpa muzik, suaranya masih tetap sedap didengar. Suara Nadeera sememangnya setara dengan penyanyi hebat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan mereka :
” Salute, memang ngam teruk. Real singer.. bukan semua penyanyi sekarang ada suara perfect macam ni.. “
” Ni betul-betul dah macam suara penyanyi-penyanyi bollywood.. memang sama betul ni.. hebat.. sedap gila suara nadeera.. “
” Ni baru penyanyi… tanpa Muzik pun sedap di dengar.. perfect, vokal best this year.. “
” Macam mana Nadeera boleh buat suara gini.. fuh sedap betul.. Suara Nadeera mmg baik nyanyi hindi pun sedap.. “
” Goosebump dgr tnpa muzik .. bermkna dia mmg berbakat.. suara tu macam dah blend dengan lagu, takde muzik pun suara dia tu dah muzik sebenar.. “
” Betul kata tokti dia salah satu pelapis penyanyi suara paling sedap dan unik.. Takda music tp mcm ada tone music suara dia.. “
” After siti nurhaliza she s the next with the great voice with no controversy her voice very powerful the true talented genuine singing.. “
” Diaa nyanyii tada muzikk tapii entahh akuu sorng jakk kaa dgr suara diaa mmng dh ade muzikkk .. love.. “
Siapa sahaja yang tidak terpegun dengan kelunakan suara Nadeera ini. Baik lagu Hindustan atau pun lagu Melayu, suara Nadeera memang ada tone tersendiri yang boleh membuatkan orang tidak jemu mendengarnya. Semoga Nadeera terus bersinar dan gah di persada seni.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rilekstudio, IG Rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makin bijak lah Bilal. Ok yang ni memang perangai Neelofa, cheeky haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Rehearsal pun dah mendayu-dayu, sampai ulang-ulang saya dengar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Unik betul nama anak Jihan ni. Berbelit nak panggil, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally, thank you Fattah. Terharu dengar Fattah akhirnya pertahankan Fazura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam presentation group assignment. Adik-adik Fattah diam pun sold out, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen