Artis / Selebriti
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Awie dan Tok Ram terima kejutan persembahan istimewa daripada Datin Alyah dan Putra Ahmad Merrah. Wah, suara Merrah sebijik macam Dato’ Awie. Sampai menangis Dato’ Awie terharu. Tok Ram pulak nak bangun keluar, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Astro Ceria, perkongsian beberapa sedutan video persembahan istimewa Datin Alyah dan anak kepada Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah di konsert final program realiti The Choosen one Xtra telah meraih perhatian ramai.
Persembahan mereka berdua ini merupakan persembahan selingan dan juga satu kejutan buat Dato’ Awie dan Dato’ Ramli MS atau mesra dipanggil Tok Ram. Dato’ Awie dan Tok Ram merupakan juri dalam program tersebut pada awalnya tidak mengetahui siapakah artis jemputan untuk persembahan pada malam tersebut.
Datin Alyah dan Merrah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Dato’ Awie dan Ziana Zain iaitu Senja Nan Merah. Pada awalnya kelihatan Dato’ Awie mencari-cari siapakah lelaki yang mempunyai suara yang sama dengannya ketika Merrah mula menyanyi lagu tersebut.

Perkongsian video ini telah mnerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dato’ Awie juga tidak dapat menahan rasa sebak melihat Merrah menyanyi, manakala Tok Ram pula sempat mengusik untuk keluar dari situ ketika kemunculan isterinya, Datin Alyah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Proud dad! Dia mesti ingat zmn dia muda² dlu skrg anak² dah besar, kita semakin tua.. semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Amin.. “
” Maknya spa ye..adik Haliza Misbun ke?..maaf bertanya..Klau Sya silap betulkn.. Kalo tok ram senyum sambil mkn patchi tu mmg sedap la tu suara merah .. “
” Hencem anak papa wie, suara pon sedap, bole la taun dpn masok TTMM pula.. I would love to see dato awie sing this live again with ziana Zain it’s such a legendary song I still listen to it to this day.. “
” Tok Wii jgn nangis Merrah mmg suara sedap.. Sebiji dato awie aku tengok tadi.. first keluar,dato awie tercari2 sapa dia.. tengok2 anak dia.. terkejut dia.. menangis dia.. dya bagitau,dya seronok.. “
” Ni baru anak retis yg Ada bakat ..sedap betul natural je dia nyanyi. Ingtkan awie yg menyanyi, Elok bebeno lah anak husen udoh besor.Boleh kerja supabisa dekat singapooore nanti.. “
” All Daddys out there only wants their son to do and be better than him..if that happens, it would be the proudest moment.. Wow pangganti nanti akan dating ,lebih lagi dari bapa .tahniah.. “
” Anak awie ni hensem btl dgn lensung pipit nye, sbiji awie muda2 dlu berlakon cite sembilu, tragedi oktober.. Tak puas tngok persembahan dorng semlm.. “
Gabungan suara Datin Alyah dan Putra Ahmad Merrah ini sememangnya sangat mantap. Ia mampu mengingatkan kembali zaman nostalgia lagu ini. Tambahan pula apabila melihat wajah Merrah yang saling tidak tumpah seperti wajah bapanya ketika muda.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astroceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

