Artis / Selebriti
” Sepanjang concert berdiri, tak reti nak duduk.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Elly Mazlein Di Tepi Pentas Ketika Peserta Kilauan Emas Sedang Buat Persembahan Buat Rmai Terhibur. Amboi Bukan Main Lincah Lagi Kak Lina Ni. Ligat Sungguh, Langsung Tak Duduk Diam !!
Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Kepom diberikan tanggungjawab sebagai host rancangan realiti Kilauan Emas 2024. Ini merupakan kali pertama Kak Lina menjadi pengacara untuk Kilauan Emas dan kehadirannya ternyata memeriahkan lagi program ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eiq Aizak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman gelagat Kak Lina sepanjang program berlangsung. Banyak aksi dalam video ini tidak ditunjukkan di kaca televisyen dan hanya dapat dilihat oleh penonton di dewan sahaja.
Menerusi video ini, Kak Lina kelihatan berdiri sambil menyanyi dan berjoget di tepi pentas ketika peserta tengah menyanyi. Menurut pemilik video ini, Kak Lina sentiasa berdiri dan tidak langsung duduk dari awal sehingga ke akhir program bersiaran.

Dapat dilihat, Kak Lina menggunakan setiap minit yang ada cuba menjadi penghibur terbaik. Itu lah karakter Kak Lina dalam setiap tugasan yang diberikan tidak mengira rancangan apa jua, tujuannya cuma satu untuk melakukan yang sebaiknya selain menghiburkan penonton yang hadir.
Jom tonton video di bawah :
@eiqaizak Sepanjang concert berdiri, x reti nk duduk.. when passion drives u.. terbaik kak lina..@Kakak Lina Pom Poms #kilauanemas #kaklinapompom #pompom
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” 1 dalam sejuta bila dalam pekerjaan… buat kerja dengan bersungguh dan selalu berlapang dada dengan kritikan orang.. “
” Kak Lina Kepon terbaik.. penari latar tu.. semua lagu dia tapau haha.. “
Seronok melihat gelagat Kak Lina yang sentiasa bersemangat itu. Bukan mudah untuk mengekalkan momentum dan sentiasa ligat sepanjang 2 jam bersiaran tetapi melihat Kak Lina, seakan perkara itu mudah sahaja untuk bekas pengacara Big Stage ini. Jika pengacara lain tentu mencuri peluang untuk duduk dan berehat seketika ketika peserta sedang menyanyi.

Aksi lincah Kak Lina ini menggamatkan lagi program Kilauan Emas 2024. Tidak keterlaluan jika dikatakan Kak Lina antara pengacara versatile yang sentiasa committed menjalankan tugasannya. All the best Kak Lina untuk minggu-minggu akan datang dan terus happening okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eiq Aizak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer

