Artis / Selebriti
” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Kak Lina Kepom merajuk dengan Que Haidar gara-gara kejadian Que tawarkan air kepada Fazura buat warganet terhibur. Alahai soft spoken betul cara Que memujuk Kak Lina. Dapat nama timangan manja lagi. Berdekah dengar nama yang Que panggil tu, haha..
Jakel salah satu jenama besar yang menggabungkan ramai duta hebat untuk tahun ini. Gandingan hebat antara Que Haidar, Kak Lina Kepom, Kamal Adli, Senario dan ramai lagi membuatkan nama Jakel meniti di bibir warganet. Satu demi satu video content yang dikongsikan oleh Jakel mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Jakel dan Que Haidar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Kak Lina merajuk dengan Que. Ini kerana kejadian Que menawarkan dan mengambil segelas air untuk Fazura ketika mereka sedang shooting bersama.
Dengan kapsyen tertulis ‘ Yang ni pun nak air daripada Abang Jamil juga’, gelagat Kak Lina itu mencuit hati warganet. Que melayani sahaja perangai Kak Lina yang masuk air itu dan mengikut rentak Kak Lina. Que memujuk Kak Lina dengan menghulurkan segelas air.

Kak Lina memang selalu in character. Gaya merajuknya sambil berpeluk tubuh dan membuat ekspresi wajah masam mengundang tawa warganet. Que pula memanggil Kak Lina dengan satu nama yang lucu dan mengatakan, itu adalah nama timangan manja untuk Kak Lina.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Arrr sudah hahha.. kaloi haha, berdekah aku la.. Jakel tahun ni best mcm family.. .suka vibe positif Jakel this year.. “
” Aku sakit perot tengok diaorg ni lah, ketawa terus haha.. aku dah hagak kak Lina akan merajok. aiyokkkk bang jamil. yg mana 1 nak pilih ni?haha.. “
” Ikan kaloi, haha adui que. ni memang betul betul nama manja dia bagi kak lina.. si berdua ni jer pun dh buat huru hara hidup jadinya.Apa2 pun happy2 selalu.Love u alls.. “
” Haha kan dah merajuk kak lina.. Mcm2 episode dr Jamilah, Jamil ke bawang putih bawang merah.. adoii kak lina..yg last tu buat sy tergelak2.. “
” Halah halah halah, yang ni pun.. minum sikit lui, aku yang tersembur dengar que panggil kepom camtu. ikan kaloi, lawak lah que dengan kepom ni.. “
” Bukan main lagi kak lina pom2 merajuk kn.nk juga air dari abg jamil haha.. kaloi kaloii, Ya ampunnn org tua dua org ni.. kak kepom, saya repot sama cekgu azlan berskala besarr yaa.. “
” Pujuk guna air ruqyah haha.. adui lawak lah 2 orang ni.. jadi sungguh la no syatu.. habis lah bang jamil kena pujuk haha.. “
Lawak sungguh melihat Jakelina merajuk dengan abang Jamil hanya kerana gara-gara air. Gandingan duta Jakel yang gempak dan menceriakan rakan-rakan sekerja lain. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakeltextile, Tiktok Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

