Connect with us

Artis / Selebriti

” Eh tak, kenapa sebut semua nama saya.. ” – Bella Astillah

Video YB Syed Saddiq dan tunangnya, Bella Astillah bermain game ‘Sebutkan nama wanita yang anda tahu’ buat ramai terhibur. Respon YB Saddiq bila Bella tanya kenapa sebut semua namanya buat ramai cair. Blushing terus Bella dibuatnya, hehe.. 

Umum mengetahui bahawa penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah kini sedang melalui fasa bahagia setelah bergelar tunangan kepada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ramai peminat yang mengikuti perjalanan hubungan mereka turut rasa teruja dan tumpang bahagia setelah pasangan ini bertunang.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik ERA FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella bersama YB Syed Saddiq sedang bermain satu permainan santai. Menerusi permainan tersebut, mereka perlu menyebut nama wanita yang mereka tahu secara spontan. Pada awal permainan, Bella terlebih dahulu menyebut nama “Sharifah” sambil tersenyum.

Namun, apabila tiba giliran Syed Saddiq pula, beliau hanya menyebut nama Bella dan anak perempuan Bella iaitu Ara. Jawapan spontan itu mencuit hati ramai yang menonton video tersebut. Bella yang terkejut dengan jawapan itu terus bertanya mengapa hanya namanya sahaja yang disebut.

Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah reaksi malu-malu Bella selepas mendengar penjelasan daripada Syed Saddiq. Bella dilihat tidak dapat menahan ketawa sambil tersipu malu, manakala Syed Saddiq pula kekal tenang memberikan jawapan yang sifatkan sangat sweet oleh para peminat.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” The best reason for start.. Hahaha… Semoga kalian berdua till jannah.. Tak sabar nak tengok majlis korang.. “

” Ambiklah seluruh planet ni dan dudukilah dgn bahagia, Syed Saddiq & Bella. Kami pindah planet lain, hahahaa.. “

” Betullah org kata, org politik ni bijak berpolitik. Setakat ni waibee belum pernah kantoi jwb haha . But the truth is – it’s so sweet la.. “

” Bagusnya YB ni. Ni bukan stakat green forest ni. Ni dh level world forest ni. Btw mandarin class for working adult. Jom DM saya bantu.. “

” Terima kasih sebb membuktikan masih ada lelaki sebaik dan penyanyang dgn seikhlas nya , dimana dunia tgh diuji gelombang curang , lagi membuatkan yg single ni takut nak khwin.. “

” Alhamdulilah buat apa juga nak sebut nama perempuan lain kan.. Bahagia itu milik kita, cewahhhh, hehe.. “

” Hahahhaha winnnn, hidup YB.. Alolo sweet teruk lah YB ni sejak2 dah nak kahwi ni.. Adusss blushing kita tau.. “

Ramai yang memuji sikap romantik Syed Saddiq dan menyifatkan jawapannya itu sangat ikhlas serta menunjukkan dirinya begitu menghargai Bella dan anaknya. Tidak hairanlah jika ramai yang semakin senang melihat hubungan mereka berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak